Parenting Tips | Please Ajar Anak-Anak Anda Sekarang Bagi Mengelakkan Mereka Menjadi Mangsa Jenayah Pedophilia!!
11:02
Assalamualaikum...
Apakah itu Pedophilia??? -
Pedophilia adalah seseorang yang secara seksual tertarik dengan kanak-kanak!
Kita as a parent yang ada anak sedang membesar nie pasti risau kan...tambah2 dengan jenayah seperti pedophilia nie.. jenayah orang sakit jiwa nie namanya!!! dengan kanak2 kecil pun boleh terangsang!!!! choiiii serius gila!.. dan masalahnya sekarang orang yang mempunyai masalah mental sebegini susah untuk kita dapat tahu sifat sebenar mereka...kerana mereka kelihatan seperti seseorang normal jer.. tapi hakikat disebaliknya mereka ini lah syaitan bertopengkan manusia.. sampai tergamak buat perkara2 terkutuk macam ni..huhhh geram!!!!
Kita mungkin tak tahu sifat sebenar mereka.. tapi kita boleh elakkan jenayah nie daripada berlaku pada anak2 kita.. peranan tue harus bermula pada kita..caranya adalah dengan mengajar anak-anak kita bersuara jika ada sesiapa yang ingin menyentuh mereka pada tempat yang tidak sepatutnya...so please..please..please.. ajar mereka sebelum mereka menjadi mangsa jenayah Pedophilia ini!!!
Versi Bahasa Melayu |
Versi Bahasa Inggeris |
- Bertenang
Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.
- Tegas
Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.
- Membimbing
kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnyaKanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.
- Sokongan
Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.
- Laporkan kes penderaan
Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.
Talian bantuan Malaysia
Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :-
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224
TELEDERA 1-800-883040
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303
Pusat Kebahagiaan Wanita Dan Remaja (KEWAJA) 03-61857736, 013-3384868 - 24 Jam
Kem Modal Insan KEWAJA menyediakan kursus, latihan dan pemulihan untuk gadis dan wanita bermasalah akibat aktiviti seksual tidak bermoral. Tel: 03-40254755 013-2696158 - 24 Jam
14 comments
betul tu! kalau bkn kita yg ajar siapa lg kan?
BalasPadamgreat sharing
BalasPadamSharing yg sangat berguna...tQ kak farah..Zaman skg mmg kna ajar anak2 semua ni.
BalasPadamBagus tips ni.tq for sharing dear
BalasPadamgreat tips Farah! memang semua orang kena tahu ni..budak lelaki atau perempuan sama je risikonya
BalasPadamAkak dari anak2 kecil memang ajar anak2 tak kira lelaki mahupun perempuan bahagian2 yg tak boleh dipegang oleh orang lain.
BalasPadamTerima kasih farah kongsikan isu ini, nanti nak ajar tips dari gambar tu dekat QI...bahaya sekarang.
BalasPadamgood sharing...
BalasPadamtakutkan menda-menda ni jadi kat anak-anak kite
BalasPadamNauzubillah..mintak dijauhkan dr anak2..wlupun ank dua2 lelaki tp bahay jugak..thanks for sharing farah..
BalasPadamAssalam farah,
BalasPadambetui3
kanak2 yang duduk rumah pengasuh ka, taska ka & selalu tak bersama parent/penjaga memang kena ajor privasi bahagian2 sulit ni kan3
so senang kalo deme nak mengadu
iols ni naseb baek la my boboboy memang selalu dengan iols, ayah & opah dia 24/7
alhamdulillah
aduhai.
BalasPadamrisau zaman skang ramai da sakit mental.
anak2 aida x dpt dah kebebasan mcm kecik2 dulu.
aida memang pantau diorang !!!
Thanks for sharing. Scary skang ni. Smoga anak2 kita sentiasa dibawah lindunganNYA.
BalasPadamInfo yg bgs..
BalasPadam