CELEBRATE 14TH WEDDING ANNIVERSARY @ LEXIS SUITE PENANG | PART I
16:03
Assalamualaikum dan Hai!
CELEBRATE 14TH WEDDING ANNIVERSARY @ LEXIS SUITE PENANG | PART I - Lagi 3 hari nak fly untuk celebrate anniversary ke-15 baru kalutttttt nak update citer anniversary ke-14..hampir genap setahun punya dok kepam oiiiiii.. huhuhu..hurm..faham-faham lah 4 time blogger macam ni la yer.. terikat dengan komitmen yang lebih penting..
tapiii dont worry lambat macam mana pun i tetap akan update kat blog kesayangan nie jugak..bukan apa..buat kenang-kenangan di hari tua.. mana la tahu kot2 Emir nak baca kisah cinta papa dan mama dia..haa tak susah buka diary online ni jer...muahaha
okay berbalik kepada citer anniversary i yang ke-14 tahun..Fuh tengok angka macam lama nauuuuu dah kawin.. hehehe..tapi jangan lihat pada angka tersebut dan ingat i ni dah tua yer.. i masih lagi di awal 30an lagiiii...hahaha Ceh! tak nak mengaku diri dah kertu.. tapi yer la.. jauh lagi nak masuk angka 40an means muda lagi la yer dak? maklum la i kawin umur muda..laku awai kottt...Edy pinang i masa umur 19 tahun..kami beza 9 tahun ya untuk pengetahuan u all..so sebab tu lah dia tak mau tunggu lama-lama.. dating sekejap terus dipinangnya i nie..hahahaha
So macam biasa, dari tahun pertama lagi kami memang akan pastikan tarikh anniversary perlu diingati dengan sesuatu yang istimewa.. tak kisah la bercuti ke...bercandle light dinner..makan kat warung tepi jalan ke, makan rojak tonggek ke..Eh tak kisah lah..yang penting pada hari tersebut kena ada satu kenangan manis.. bagaimana cara sekali pun, kami meraikan hari penting tersebut adalah bergantung kepada bajet kewangan yang ada.. ada extra kita buat cara extra lah.. tak de kita buat cara tak de..haaa gitu...
masa anniversary ke-10, kami celebrate di Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan, kot-kot ada yang nak skodeng boleh baca kat SINI... dan pada tahun 2016, sekali lagi kami memilih rangkaian Lexis Group sebagai lokasi untuk meraikan hari terpenting dalam hidup kami laki-bini iaitu di Lexis Suite Penang yang terletak di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.. tambahan lagi hotel nie masih baru lagi di Penang..
KENAPA LEXIS SUITE PENANG, TELUK KUMBAR MENJADI PILIHAN?
sama seperti rangkaian hotel lexis yang lain, Lexis Suite Penang juga menawarkan penginapan yang mempunyai private pool di dalam setiap biliknya..yang mana memang sesuai sangat untuk orang yang mahukan privacy atau meraikan hari yang istimewa...
Menariknya lagi, Lexis Suite Penang ni juga terletak berhadapan dengan laut yang pastinya akan menimbulkan lagi mood romantik bagi sesiapa yang datang menginap di sini.. trust me..memang berbaloi..boleh dengar deruan ombak dari bilik cukup memberikan ketenangan lebih-lebih lagi buat pencinta laut seperti kami!! heeee
Now, Jom layan gambar sambil i potpet-potpet na...jangan bosan membaca sudah! ngeee
NAK TAHU TAK TRICK UNTUK MEMAKSIMAKAN MASA PENGINAPAN YANG LEBIH LAMA DI LEXIS SUITE PENANG?
Sekarang ni kebanyakan waktu check-in di hotel-hotel yang kategori mewah ni adalah bermula dari jam 4.00 petang..betul tak? waktu check-out pulak of coz la pukul 12.00 tgahri..so macam mana cara kita nak dok lebih lama di hotel sebegini dan dapat enjoy all the facilities dengan tempoh masa terhad yang kita ada..
caranya begini...Ya, waktu check in memang tetap tak berubah jam 4.00 petang,.kecuali la ada bilik kosong baru boleh check-in awal..tapi tak semua hotel boleh, macam Lexis Suite Penang nie pun sebenarnya ada jer bilik yang ready masa kami pi hari tu, tapi kalau nak check in awal, ada extra caj yang akan dikenakan.. so i of coz lah tak mau bazir nak bayar extra..
so apa yang boleh kita buat adalah datang jer beberapa jam lebih awal dari waktu check-in sebenar.. sebagai contoh, datang jam 10.00 pagi..kita check-in seperti biasa..bilik belum dapat..no problem..kita tunggu jer..tapi once kita dah check-in, kita secara automatiknya dah boleh menggunakan all the facilities yang ada di sini.. seperti SPA, OUTDOOR POOL, GYM, SKY DECK, INDOOR KIDS WORLD, KARAOKE dan lain-lain kemudahan sampai lebammm.. which is baru lah berbaloi dengan harga penginapan mahal yang kita bayar kan! kalau nak tunggu waktu sebenar, confirm kita tak akan sempat nak explore semua, unless u all stay untuk lebih dari 2 hari lah.. tapi kalau setakat datang untuk stay 2H1M boleh buat cara nie okiesss
![]() |
urusan check-in yang super cepat..tak perlu tunggu lama.. |
![]() |
Japanese Restaurant yang terletak di ruang lobby |
EXECUTIVE POOL SUITE & PREMIUM POOL SUITE
Hari tu i booking 3 buah bilik..sebab macam biasa la..i nie kan jenis family type sikit..mana boleh berenggang lama dengan family.heee..so i bawa juga family ikut sama..sebab depa pun nak merasa juga menginap kat hotel yang ada private pool ni..
kat Lexis Suite Penang ada 2 kategori bilik.. satu Executive Pool Suite & satu lagi Premium Pool Suite.. harga untuk weekdays dan weekend memang berbeza sikit.. standard la kan..time weekend lebih mahal.. i pi time weekdays..so dapat lah harga semalam around RM380+.. harga ni untuk Room Only yer..kalau nak dengan breakfast sila bayar extra!
FYI, mana-mana hotel Lexis memang menyediakan 2 buah katil untuk setiap bilik.. 2 katil KING yer.. so memang sesuai sangat kalau ada anak ramai..hahaha.. macam kami hari tu Emir Daniyal la yang jadi king..katil dia conquer sorang dia ja..
AVAILABLE IN ALL ROOMS
- Wifi
- Balcony/Terrace
- Private pool
- Aircond
- TV (Flat Screen)
- Hair Dryer
- Separate shower/bathtub
- Alarm Clock
- Safety box
- Telephone
- Bathrobes
- Toiletries
- Towel
- Ironing Fasilities
- Desk
- Mini Bar
PEMANDANGAN OHSEM DARI BALCONY BILIK!
selain bilik yang tampak mewah, nak lagi berganda kepuasannya lagi, sila lah request bilik yang mengadap lautan..memang puas hati gila berbanding dapat bilik yang mengadap bandar.. so ini satu lagi kelebihan yang kita akan dapat kalau check-in awal..
Gila tak seronok bila dapat bilik mengadap view ohsem sebegini! nak-nak time ber-horneymoon.. heee
![]() |
padangan dari kiri |
![]() |
pandangan dari kanan |
PRIVATE POOL SAIZ SEDERHANA TETAPI SUDAH CUKUP MENGUJAKAN!
kalau nak beromantika tak perlu kot ada kolam yang besar-besar..saiz kolam ni bagi i pun sudah cukup memadai.. lagipun bukannya kita nak berkuak-lentang kat dalam nie..lebih pada nak relax dan chill dengan orang tersayang jer kan..
tapiii jika still tak puas saiz kolam yang macam ni..boleh jer turun pi mandi kat kolam utama yang terletak di tingkat 8..
DAH PUAS BERENDAM BOLEH PANASKAN BADAN DI BILIK SAUNA PULA
dah alang-alang puas berkuak-lentang kat dalam kolam tu, boleh lah teruskan sesi membakar lemak kat dalam billik sauna yang ada dalam bilik nie juga..heee
![]() |
Kemain budak sorang nie kan..amboii sangattt |
kami datang ke sini untuk celebrate anniversary, tak best lah tak ada kejutan yer dak.. okay tunggu, kat next entri i share pula macam mana kejadian surprise malam tu yer...menjadi ke tidak.. so stay tuned! till now bye!
With Love,
FarahGlanzDotCom
8 comments
Cantiknya hotel ni...
BalasPadamdr lobi sampai pemandangan luar...
sejak group lexis ni renovated yg bantal color2 ni tk jejak lg...mmg nk try annti..dlu p ms yg bantal tu belum color2 hehe...
BalasPadamKolam tu kat balcony bilik?
BalasPadambestnyaa berbaloi sangat harga tu
Selesanya hotel ni. Happy anniversary
BalasPadamHappy anniversary farah.bestnya bilik hotel...ada pool lagi.seronok emir ye
BalasPadamhahahaha.. abang eddy takut melepas, tu yang dia rembat awal tu.. heee
BalasPadamHappy anniversary kak, bestnya 😂 Teringin jugak nk g lexis ni. Tenang nya tgok semua gambar hotel
BalasPadammurah la berbaloi dgn hotel haha.. private pool tu best. teringat plan nk celebrate birthday kt private pool bali etc 😅😅😅
BalasPadam