MAJLIS PELANCARAN GINTELL DE'SPACE STAR SEMPENA CHRISTMAS HEALTH FAIR, IOI MALL PUCHONG
11:34
Assalamualaikum dan Hai,
Ingat kerusi urut, ingat GINTELL!
Nama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya
apabila berbicara tentang kehebatan sesebuah kerusi urut. Jadi, bersempena Christmas Helath Fair yang berlangsung di IOI Mall Puchong
ini, GINTELL turut mengambil bahagian dalam usaha mereka untuk membantu rakyat
Malaysia tentang betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup yang sejahtera dan
sihat.
Bertempat di ruang legar South Entrance IOI Mall Puchong, GINTELL mengambil
kesempatan ini dengan memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu De'Space
Star Massage Chair. Majlis penuh gemilang ini telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara
terkemuka Malaysia, merangkap Duta GINTELL selama 11 tahun iaitu Datuk
Jalaludin Hassan.
Turut sama dalam majlis ini adalah Mr. Simon Hue, Ketua
Pegawai Operasi GINTELL. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Mr. Simon, beliau mengatakan
kekurangan masa menjadi salah satu alasan mengapa sebahagian rakyat Malaysia
pada hari ini gagal mengamalkan gaya hidup sihat. Jadi, atas inisiatif inilah
GINTELL tampil membantu dengan merevolusikan kerusi urut dalam usaha mereka
mengatasi masalah tersebut.
Menurut Mr. Simon lagi, kehadiran kerusi urut terbaru keluaran GINTELL ini
iaitu GINTELL De' Space Star ini diharap ia dapat membantu pengguna memperoleh
rehat secukupnya sekaligus mengurangkan bebanan kesihatan.
Selepas itu, para tetamu dan pengunjung dipelawa untuk bersama-sama tetamu
jemputan iaitu pengacara dan personaliti kesihatan terkenal iaitu Jojo Struys.
Program bual bicara kesihatan yang diberi nama 'Breathing Well with Yoga' telah
disempurnakan dengan baik sekali oleh Jojo dan sudah pasti, mereka yang hadir
dapat menfaat daripada ilmu yang Jojo kongsikan.
Majlis seterusnya adalah pelancaran rasmi kerusi urut GINTELL De'Space Star
yang disempurkan oleh Datuk Jalaludin Hassan. Kemudian, beliau juga turut
berkongsi pengalaman sebagai duta GINTELL selain membuat sedikit demonstrasi
menggunakan Gintell De'Space Star bersama Jojo Struys selain beramah mesra dan
berselfie bersama peminat yang hadir.
Untuk makluman semua, pameran ini akan berlangsung sehingga 1 Januari 2018
dan GINTELL memberikan 'hadiah' kepada mana-mana pembeli yakni rebat tunai
istimewa sebanyak RM2000 bagi setiap pembelian kerusi urut De'Space Star.
BERIKUT PULA ADALAH KENYATAAN MEDIA GINTELL MEMPROMOSIKAN KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BEBAS STRESS UNTUK RAKYAT MALAYSIA DI MUSIM PERAYAAN INI
KUALA LUMPUR, 23 Disember 2017 - Jenama terkemuka Malaysia, GINTELL, menyambut musim perayaan kali ini
dengan menganjurkan pameran kesihaan dan kesejahteraan untuk meningkatkan
kesedaran gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Pameran ini telah
dianjurkan di IOI Mall, Puchong bersama dengan perasmian kerusi urut GINTELL
yang terkini iaitu De'Space Star Massage Chair. Perasmian ini telah
disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka, Datuk Jalaludin Hassan
bersama dengan ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue.
Menurut Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015,
kelembaman fizikal dikatakan menjadi faktor risioko yang keempat mortaliti. Ia
menyumbang sebanyak 6 peratus punca kematian secara global. Ini diikuti dengan
tekanan darah tinggi (13%), penggunaan tembakau (9%), dan ahap glukosa tinggi
darah (6%). Walau bagaimanapun, tanggungjawab pekerjaan yang mendesak telah
menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal yang mengakibatkan stres dan gangguan
kesihatan.
Revolusi teknologi kerusi urut GINTELL menyediakan alternatif terbaik
kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal
tambahan. Ia boleh digunkan mengikut keselesaan anda di rumah. De' Space
Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan, menjanjikan elemen
yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bbeola urut direka secara
khusus yang menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Terdapat juga 4D
Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan
terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.
Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue berkata, "Dengan
kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan
kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. ALasan yang biasa didengari
adalah kekurangan masa. Jadi, kami di GINTELL telah merevolusikan kerusi urut
kami untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Dengan kerusi urut GINTELL De'Space Star, anda mendapat
kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di kerusi urut.
Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi bebean
kepada kesihatan lagi!" tambah Encik Simon Hue lagi.
Produk terbaru GINTELL ini ditawarkan dengan harga RM11 836, termasuk
dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyediakan pelbagai
kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya, Yoga
Stretch yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210 darjah
Yoga Stretch, pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O
dan X dan kyphosis. Di samping itu, pengguna juga dapat menguatkan sendiri,
memperbetulkan postur tubuh dan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh
jika digunakan secara berterusan.
GINTELL berada di kelas yang tersendiri sengan sistem sokongan yang
diperkukuhkan untuk pengguna berkeringgian sehingga 180cm dengan Sistem iSensing,
yang mana mengukur ketinggian pengguna dengan tepat secara otomatik. Antara
fungsi-fungsi lain yang mengagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk
mengoptimumkan ruang, Program i-Memory yang membolehkan pengguna untuk
menyimpan tektik urutan yang digemari, dan Zero Grativity yang
menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaan maksimum.
GINTELL membuktikan komitmen kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan
menganjurkan program bual bicara kesihatan bertajuk 'Breathing Well with
Yoga' yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys.
Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnya dalam sesi beramah
mesra ekslusif.
Promosi pameran kesihatan GINTELL akan diadakan sepanjang musim perayaan ini
sehingga 1 Januari 2018, di mana para pembeli dapat menikmati rebat tunai
istimewa sebanyak RM2000 dengan setiap pembelian kerusi urut De'Space Star.
TENTANG GINTELL (M) SDN BHD
GINTELL adalah stor rantaian produk kesihatan dari Malaysia, menawarkan
produk kesihatan yang lengkap seperti kerusi urut, peralatan kesihatan dan
pelansangingan badan. Sehingga kini, GINTELL mempunyai lebih 100 buah cawangan
di kompleks beli-belah utama di seluruh negara dan melakannya untuk diiktiraf
oleh Malaysian Book of Rekords sebagai 'Stor Rantaian Produk Kesihatan
Terbesar'.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran & produk terbaru GINTELL, sila
layari wwww.gintell.com atau hubungi 1-800-88-6332.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Samentha James
PR & Corporate Communications at Global Creative Media Agency (GGCMA)
E-mail: samentha. james@gcma.tv
Office: 03 7733 4262
Mobile: 017 518 7186
0 comments