Xiaomi Redmi Note 3 'Smartphone' Terbaik Dengan Harga Mampu Milik!
09:16
Assalamualaikum dan Hai..
Sedikit masa lalu, bila nama Xiaomi disebut atau
diketengahkan dalam teknologi pembuatan telefon bimbit, pasti ramai yang
'ternganga' atau menggeleng kepala kerana ia kedengaran sangat asing. Tetapi
itu semua hanya tinggal sejarah kerana, mengikut satu laporan antarabangsa,
Xiaomi kini mampu tersenyum lebar kerana ia telah diiktiraf antara pembuat /
pengeluar telefon bimbit kelima terbesar di dunia dalam tempoh kurang daripada
10 tahun! Ini satu pencapaian yang sangat menakjubkan kerana Xiaomi merupakan
produk yang dilahirkan di Asia, bukan produk Eropah atau Amerika. Dan ini
semestinya membanggakan penduduk Asia.
Xiaomi mula menemui pelanggan telefon bimbit sekitar
tahun 2011. Ketika itu, pasaran mereka lebih tertumpu di negara kelahirannya
iaitu China. Setelah mendapat maklum balas positif selain memenuhi tahap
kepuasan pengguna di sana, Xiaomi mengambil inisiatif untuk melebarkan
pengaruhnya ke luar China.
Ternyata usaha itu menampakkan hasil yang
diharap-harapkan. Mengikut satu laporan sebuah portal, Xiaomi berjaya menjual
telefon pintar mereka sebanyak 60 juta ke seluruh dunia pada tahun 2014! Ia
sememangnya pencapaian di luar jangkaan bagi satu jenama telefon bimbit!
Peminat telefon bimbit di Malaysia dilihat sentiasa
terbuka dengan teknologi terkini lebih-lebih lagi teknologi yang melibatkan
telefon pintar atau smartphone.
Sedikit masa lalu, hanya dua atau tiga jenama terkenal
dunia sahaja yang dapat 'memenuhi selera' pengguna telefon pintar. Namun,
sejajar dengan 'perkembangan dunia tanpa sempadan', kemasukan Xiaomi di
Malaysia disambut baik penduduknya. Faktor harga atau 'mampu milik' menjadi
antara sebab utama mengapa telefon pintar Xiaomi menjadi pilihan rakyat
Malaysia.
Secara ringkasnya, telefon pintar ini telah dilancarkan
kepada umum pada November 2015. Antara ciri-ciri utama yang ada pada telefon
ini adalah, ia didatangkan dengan skrin sentuh berukuran 5.50 inci selain
mempunyai resolusi sebanyak 1080 pixel.
Telefon pintar ini dikuasakan dengan 1.4GHz hexa-core
Qualcomm Snapdragon 650 processor dan memiliki RAM sebanyak 2GB. Telefon ini
dilengkapi dengan internal storage sebanyak 16GB dan boleh dipertingkatkan
sehingga 128GB dengan menggunakan microSD card.
Sama seperti telefon pintar lain yang mengenengahkan
kamera sebagai tarikan utama, Xiaomi Redmi Note 3 ini dilengkapkan dengan 16
megapixel bagi kamera utama manakala 5 megapixel pula khusus untuk kamera
hadapan terutama bagi 'kaki-kaki selfie'.
Xiaomi Redmi Note 3 ini berketebalan cuma 8.7mm dan berat
hanya 164g. Manakala baterinya adalah dari jenis non-removable Li-Po 4000 mAH
selain dijanakuasakan dengan Android OS, V5.0.2 Lollipop.
Untuk pemilihan warna pula, Xiaomi memberikan pelanggan
mereka tiga pilihan warna iaitu Silver,
Gray dan Gold.
Untuk harga pula, semestinya telefon ini menjanjikan
harga terbaik buat pengguna-pengguna telefon bimbit di Malaysia. Dengan harga
kurang daripada RM1000 (yakni RM949), para peminat telefon pintar pasti
tersenyum lebar kerana ia bukan sahaja memenuhi ciri-ciri yang diinginkan
pengguna tetapi juga harga yang tiada bandingan berbanding telefon bimbit
jenama lain.
Jadi, kesimpulannya, Xiaomi Redmi Note 3 ini bukan sahaja
hadir dengan tech-spec yang bagus selain harga yang sangat affordable, tetapi
ia juga menawarkan 'premium look' yang bagus seperti 'performance-wise' dan
kualiti kamera yang semestinya harus dimiliki para peminat telefon pintar.
With Love,
FarahGlanzDotCom
7 comments
Betul... kalau dulu XioMi ni orang pandang sebelah mata, sekarang semua mulut ternganga.. heee
BalasPadamNipis! tapi skrg kebanyakkan hp dah canggih canggih kan
BalasPadamYang terbaik tentang xiomi ni, specs dia boleh tahan tapi harga dia berpatutan.
BalasPadamTerbaik :)
memang tengah servey henpon, boleh tahan jugak Xiaomi ne
BalasPadamBr je blikn HP xiaomi kt ayah ms sale 12.12 aritu
BalasPadamLani byk dah fon mampu milik dengan harga kurang dr 1k...tp spec dia bgus
BalasPadamcomelnya tepon
BalasPadam