2 HARI 1 MALAM YANG PENUH KETERUJAAN BERSAMA TRAVELOKA DAN THE BUTTERFLY PROJECT Di THE KL JOURNAL HOTEL

16:14

Assalamualaikum,

Ada sesetengah orang, bila dapat menutup tirai setiap hujung tahun dengan sesuatu yang menggembirakan dianggap sebagai sesuatu yang bermakna. dan itulah yang farah alami pada akhir tahun lepas apabila The Butterfly Project sudi menjemput farah untuk bersama-sama Traveloka dan The KL Journey Hotel bagi meluangkan masa menikmati percutian yang singkat ini tetapi penuh bermakna.

Sebelum farah share lebih lanjut tentang aktiviti dan program yang kami lalui sepanjang 2 hari 1 malam di kawasan Segi Tiga Emas Bandaraya Kuala Lumpur ini, rasanya elok farah perkenalkan dahulu The KL Journey Hotel ini.


THE KL JOURNEY HOTEL, KL

'A Stylish Boutique Hotel' - itulah gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan keseluruhan hotel ini. terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pastinya lokasi ini menjadi tumpuan ramai setiap hari, baik pengunjung dari dalam mahu pun luar negara. 

Sebaik sahaja melangkah masuk hotel yang diasakan pada tahun 2015 ini, farah terkesima seketika dengan deko-deko yang ditampilkan oleh hotel ini. boleh dikatakan hampir setiap sudut hotel ini, membolehkan para pengunjungnya bergambar atau berposing sakan! kaki-kaki IG pasti takkan lepaskan peluang ini!

lobi hotel. sempena krismas, maka dekonya 'lebih terarah' krismas... Eh, sapa yang curi2 snap farah kat kaunter hotel ni? ke... nak ambil gambar deko hotel tu?

Bilik Penginapan Yang Ohsem!

Okey, itu tentang deko hotel. kali ni farah nak sentuh pulak pasal bilik penginapan yang ditawarkan di hotel ini. setiap bilik di hotel ini, di kepala katilnya dihiasi gambar-gambar lama yang penuh nostalgia...



bilik tidur kami yang super selesa! tengok tu! siap ada bathrobe lagi..
Ada 3 jenis bilik yang disediakan iaitu:
  • DELUXE KING
  • DELUXE TWIN
  • SUPERIOR DELUXE

dan sepanjang berada di sini, farah dan room mate mendapat bilik DELUXE KING! arghh... tak terkata bila melangkah masuk ke bilik ini...belum baring lagi atas katilnya, kami dah terasa keempukan tilam dan bantal yang disediakan.

TV LDC dan work station disediakan dalam bilik kami. eh, bukan bilik kami je, bilik lain pun ada juga. 
Kettle, kopi, teh, gula dan susu... wajib ada bagi setiap bilik hotel... dan semestinya THE KL JOURNEY HOTEL juga tidak ketinggalan menyediakannya untuk para tetamu mereka.
Eh, ada orang tu berselfie dalam bilik airlah! tu tandanya bilik air hotel ni bersih dan harum. #terbaik 
bilik air hotel, bersih, air laju. toiletries lengkap! #terbaik 
antara kemudahan yang disediakan oleh THE KL JOURNEY HOTEL... tisu, air mineral dan gelas! no more thirsty!
Antara ciri-ciri bilik DELUXE KING adalah:

  • 28 sqm with king size bed
  • ergonomic mattresses
  • pure cotton sheets with high thread count
  • duck down and micro fibre pillows
  • floor-to-ceiling windows for plenty of natural light
  • a 40" flat screen TV
  • rain shower
  • a functional workspace
  • free high speed wifi
  • plugged-in connectivity
Pendek kata, dengan membayangkan ciri-ciri ini sahaja, kita dah boleh agak betapa selesa dan 'mewahnya' perkhidmatan yang ditawarkan oleh THE KL JOURNEY HOTEL ini.


Selain itu, hotel bertaraf 4 bintang (recheck) ini turut menyediakan kemudahan lain khusus untuk pengunjungnya seperti kolam renang, workers union (iaitu ruang bagi membolehkan para pekerja 'lari seketika' dari suasana pejabat), 3 buah studio untuk kegunaan mesyuarat, perjumpaan dsb, sebuah galeri untuk menjalankan aktiviti-aktiviti santai, the terrace bar and grill; yakni ruang untuk mengadakan jamuan makan beramai-ramai seperi majlis perkahwinan, dsb, serta the hub, iaitu ruang bekerja sambil bersantai.

dah tak tau nak posing apa... so, pokok, sila duduk diam. farah nak bergambar macam che ta! 
THE KL JOURNEY HOTEL turut memiliki 'kedai kopi'nya sendiri yang dipanggil The Kedai Kopi Journal di mana mereka menyediakan sajian untuk sarapan setiap hari selain menghasilkan roti dan pastry disamping menu-menu istimewa dan lazat baik sajian tempatan mahupun barat. dan pastinya selera Asian tidak dilupakan.

ruang makan / restoran hotel... boleh memuatkan kira-kira 150 orang dalam satu masa
mata u all tertumpu kat mana tu? kat farah ke... kat deko hotel tu
bersama rakan2 blogger yang awesome! 
Cukup ke info yang farah dah share kan ni? hah, kalau rasa tak cukup, apa kata kawan-kawan terjah sendiri socmed THE KL JOURNEY HOTEL ini untuk mendapatkan info lanjut:


Okey, farah dah cerita pasal keistimewaan yang terdapat di THE KL JOURNEY HOTEL . sekarang farah nak share pula, macam mana kawan-kawan yang teringin sangat nak bercuti, tapi..
  • bajet so-so
  • nak hotel best
  • tambang kapal terbang murah
Haa... tak payah pening-pening sebab, dalam dunia yang serba maju dan pantas ini, hal-hal seperti ini bukanlah satu masalah besar kerana kita ada...


TRAVELOKA

Ya! TRAVELOKA mampu mengatasi masalah-masalah bagi mereka yang nak sangat bercuti tapi tersangkut dengan masalah yang farah nyatakan di atas.

Bagi yang ikuti perkembangan farah (ehem... bunyi macam artislah pula), pasti perasan yang ada kala farah keluar bercuti bersama-sama keluarga tercinta dan sahabat handai. bagaimana farah lakukan semua ini? jawapannya, pastilah TRAVELOKA!

bergambar kat banner #tvlescape2017 ni. 
Apa yang membuatkan farah jatuh hati dengan perkhidmatan yang TRAVELOKA tawarkan ini?

  • Pertama, ahli TRAVELOKA akan menjadi yang pertama mengetahui tentang tambang murah atau tawaran-tawaran menarik daripada hotel-hotel seluruh dunia. 
  • Kedua, dengan adanya TRAVELOKA, ia menjadi mudah bagi farah untuk mengatur atau mengatur semula jadual dan aktiviti farah untuk bercuti. 
  • ketiga, best price guarantee memastikan farah dapat memenuhi impian percutian tapi masih dalam lingkungan bajet yang bersesuaian. 
  • dan yang terakhir, passenger quick pick membantu farah menjimatkan masa setiap setiap kali berurusan dengan TRAVELOKA. 
Sesi penerangan TRAVELOKA 
dan pada event ini, kami mendapat extra ilmu terutama ketika menggunakan aplikasi TRAVELOKA. Hanya dengan memuat turun aplikasi ini, para pengguna bukan sahaja dapat menjimatkan masa menempah tiket kapal terbang dan hotel, tetapi juga mendapat 'ketepatan' harga yang pastinya tidak diperoleh melalui aplikasi lain...dan paling best, segala cukai, caj perkhidmatan dan sebagainya, diberitahu siap-siap agar pengguna lebih berpuas hati dan 'boleh tidur nyenyak' lepas tu... ;-)

Yang best bila dah download aplikasi ni adalah, kalau sesuatu tempat tu tak ada wi-fi atau talian internet, u all masih boleh menggunakannya tanpa was-was!

dan paling mengujakan, andaikata masa menggunakan aplikasi ni, u all tak ada duit dalam bank dan hanya ada cash sahaja di tangan, u all cari je mana 7 Eleven berdekatan dan bayar booking u all macam biasa. tunjukkan barcode kat kaunter dan buatlah pembayaran macam biasa. kacang sangat kan aplikasi TRAVELOKA ni??

dan bagi yang masih ragu-ragu, rasanya lepas ni boleh buang je keraguan u all tu kerana dengan TRAVELOKA, u all boleh pilih 100 000 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan dan lebih 70 000 hotel seluruh dunia!

Nah, apa lagi yang u all mahu? tak puas hati lagi dengan penerangan farah ni? tak pe... u all terjah sendiri dan rasakan sendiri penangan TRAVELOKA ni!


farah dah share dengan u all tentang kehebatan dan keistimewaan 'joint partners' yang sama-sama menjayakan program bersama The Butterfly Project ini. 

dan untuk bahagian terakhir ni, farah nak share apa yang berlaku sepanjang kami berkampung di THE KL JOURNEY HOTEL ini.

16 Disember 2017

Para peserta mula tiba di hotel. dan perkara pertama yang harus kami lakukan adalah membuat pendaftaran. Usai pendaftaran, rata-rata para peserta mula teruja bila mana aktiviti kami yang pertama dimulakan dengan pembahagian kumpulan mengikut nombor yang dicabut masa mendaftar.


mari alas perut dengan pancake + madu + croissant! sebelum event bermula 
tengok tu! kemain excited 2 staf traveloka tu! apa agaknya yang diorang bincangkan tu? 

ruang aktiviti kami yang sangat selesa! 
Alhamdulillah, farah dapat satu team dengan Anis, Cik An, Rika and Boo,dan sebaik sahaja mengetahui siapa ahli kumpulan, maka bermulalah sesi taaruf atau ice breaking..habis sesi ice breaking, kami sekali lagi dibahagi kepada dua lagi kumpulan mengikut satu lagi nombor yang diberikan tadi. 

Pada mulanya kami kena cabut dua nombor. dan sesi kedua ini lebih kepada 'game' iaitu, kami kena sampaikan signal dari end to end dengan mata terpejam. hah, macam mana tu? berlangsungnya game ni, maka gamatlah tingkat satu hotel ni dengan gelak ketawa.

para peserta yang sememangnya teruja berbaris menunggu untuk memulakan sesi games.
bersedia untuk memulakan aktiviti! dan kami kena beratur panjang terlebih dahulu
 selepas puas ketawa, puas berhibur seketika, maka tibalah sesi ketiga iaitu... 

TRAVELOKA sedang berkongsi ilmu dengan kami..
sesi mengenali TRAVELOKA secara lebih mendalam tetapi santai. sesi ini dikendalikan oleh wakil TRAVELOKA dan para peserta dapat merungkai segala persoalan tentang TRAVELOKA secara terus dengan mereka.. 

Selesai sesi aktiviti pertama, kami dihidangkan dengan makan tengahari secara buffet tetapi menu utama dihidangkan secara ala card..disebabkan farah masih lagi dalam tempoh berdiet, jadi menu ayam grill menjadi pilihan farah..dan sudah pasti rasanya tidak mengecewakan!

Ermm..sedap!
Apalah makna sesebuah event kalau tidak bergambar kan? maka, sebelum berlangsungnya sesi seterusnya, kami berfotografi beramai-ramai sebagai tanda kenangan dan selepas itu, ada upacara simbolik iaitu melepaskan rama-rama yang dilakukan oleh TRAVELOKA, THE BUTTERFLY PROJECT DAN THE KL JOURNAL HOTEL



Dengan itu, maka secara rasmi berlangsungnya staycation bersama The Butterfly Project dan Traveloka di The Kuala Lumpur Journal Hotel.

'mentega terbang' = butterfly hahaha... cer teka hidup ke... olok-olok?
rerama hinggap kat lenggan farah..i is geliiii 
masing-masing sibuk bergambar di anjung hotel..
Selesai sesi simbolik perasmian, kami dibenarkan untuk check in ke bilik masing-masing. Berehat sekejap di bilik kemudian kami kembali meneruskan aktiviti dan kali ini, kami dibahagikan kepada empat kumpulan untuk mengikuti workshop pilihan. farah dan ahli kumpulan memilih Travel Journal Workshop.

Dalam workshop ini kami diajar acara untuk menyediakan travel journal secara DIY. memang menarik sangat aktiviti ni..
khusyuk berworkshop sampai tak perasan sapa laa yang snap gambar ni...
gambar2 masa percutian lepas..semua ni digunakan untuk workshop. 
berseleraknya... sapa punya kerja ni? hahaha...
yeay... hasil kerja farah! amacam? okey tak? mestilah okey kan.. 
Sepanjang aktiviti ini berlangsung, secara tak sedar, barulah kami perasan yang kami sebenarnya ada bakat terpendam tapi tak dimaksimumkan..jadi dengan adanya aktiviti ini, kami bukan sahaja dapat mencurahkan idea, tetapi juga menyelami dan menghargai hasil kerja sendiri. 


Malam 16 Disember 2017

Sesi sebelah malam ni memang best dan paling mengujakan? you know why? sebabnya kami akan saling bertukar hadiah dan makan malam!!!! sapa yang tak suka dapat hadiah oiiii.
Welcome The Kuala Lumpur Journal Hotel 
kami, hadiah dan dot dot dot ;-) yeayyy kami dan hadiah kami terima kasih Emy
Farah dapat hadiah daripada Emy yakni hadiah berupa jeng..jeng..jeng..rahsia!.hahaha. terima kasih Emy, kak farah happy sangat dengan hadiah tu. bila tengok hadiah ni, pasti kak farah akan ingat kat Emy #terimakasih #sayangketatketat

Dan bila sebut pasal makan malam pula, pelbagai jenis hidangan disediakan. rambang mata dibuatnya. semuanya sedap-sedap belaka! tabik spring kat THE KL JOURNEY HOTEL ni! dan paling best, semestinya berbaloi dengan wang ringgit yang anda keluarkan..dapat makan yang sedap-sedap dan menginap di tempat yang selesa dan membahagiakan.

cuba teka? ni air apa? air pandan ke... air tembikai susu?
semua makanan yang disediakan memang sedap dan ngam dengan tekak kami!
pelbagai menu dah siap dihidangkan dan menunggu masa untuk kami ngap je hahaha 
ruang untuk penggemar salad macam farah! ;-) 
Selesai makan malam, kami naik ke rooftop untuk menikmati suasana malam di sini..ternyata pemandangan dari atas ni cukup indah dan cantik serta sesuai untuk terapi stress.

suasana malam di hotel... kalau dapat tengok bunga api di malam tahun baru kat sini lagi syok! 
deko tepi kolam renang... simple! i loikeee! 

swimming pool!! sapa nak mandi malam2 ni? memang sah2 tak boleh okey! 

17 Disember 2017

Terasa begitu sekejap masa berlalu. sebelah pagi, kami bersarapan dengan juadah-juadah enak lagi menyelerakan. sekali lagi farah tabik spring dengan hotel ini kerana santapan paginya sememangnya sedap dan terbaik!!

Selepas bersarapan, aktiviti kami lebih kepada free and easy. jadi, kesempatan ini, farah ambil peluang bersiar-siar di sekitar hotel, berendam dalam kolam renang, singgah di gym untuk beriadah selain menghabiskan masa dengan rakan-rakan blogger yang lain. yalah... lepas ni entah bila kami dapat berjumpa lagi.

dah makan kenyang2 kenalah keluarkan peluh sikit kan... so, moh ler kite ke gym! 
selfie dulu sebelum angkat dumbell seberat 3kg hahaahaha! 


silalah percaya! masa ni peluh dah mencurah2 keluar tapi sempat lagi nak snap sport shoes hahahaha

Seterusnya sesi segarkan diri dengan berendam di dalam pool pula..


rugi ooo dah datang jauh2 tapi tak nak berendam dalam kolam kat ni! 
jika kau hampir kelemasan dengan nikmat dunia, maka berpautlah pada tebing kolam renang hahahahahaha
sambil berenang sempat termenung tepi kolam.... sebenarnya masa ni tengah rindukan anak... almaklum laa Emir tu kan suka main air! 
sob sob... nak balik dah ke? selpie sat dalam bilik best ni! 
Tepat 12 tengah hari, masa untuk check out. terasa sayu pula dengan 'perpisahan' ini. Apa-apa pun, di kesempatan ini farah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada The Project Butterfly yang sudi menjemput farah menghadiri staycation yang penuh bermakna dan fun ini.

bergambar bersama rakan2 blogger dan TRAVELOKA... alahai... sedihnya... nak kena balik...
Kepada rakan-rakan blogger yang lain, terima kasih juga di atas kerjasama yang kalian berikan sepanjang kita 'berkampung' di THE KL JOURNEY HOTEL ini.

Tidak lupa juga kepada TRAVELOKA sebagai penaja utama dalam menjayakan program ini. Moga bertemu lagi di lain masa.

The Butterfly Project 

With Love,
FarahFerraDotCom

You Might Also Like

5 comments

  1. bestnya fara..akk xperasan pun hotel ni even sllu sgt pegi bkt bintang...tq sharing

    BalasPadam
  2. waa.. bestnya Fara !!!!!! sambil dapat metime dengan kengkawan blogger, dapat jugak ilmu kan.. hee~ best.. best.. selalu nampak Butterflies buat aktiviti sesama kan.. aktif betul korang.. hee~

    BalasPadam
  3. Bestnya kak farah the journal ni kannnn...
    Paling best korg buat yg buku scrap travel tu..
    Wah syioknyaaa

    BalasPadam
  4. mestnya la kan... mcm mne nk join butterfly ni ?

    BalasPadam
  5. Meriah program mcm ni.. lokasi pun menarik dan klu tengok saiz bilik tu mmg puas hati bermalam di sini. Thanks sharing :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook