PENGINAPAN DI WATER CHALET PULAU LANGKAWI YANG TERBAIK

08:44


Assalamualaikum dan Hai...



Sebut sahaja Pulau Langkawi, pasti semua orang tahu dan kenal. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. 
Bagi penggemar alam semula jadi, Pulau Langkawi sudah menjadi destinasi wajib sekiranya mereka berkunjung ke Malaysia. Adalah tidak lengkap 'itinerary' anda sekiranya tidak menjejakkan kaki di pulau legenda ini. 

Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah Darul Aman. Untuk ke sini, ada dua mod pengangkutan popular dan sering digunakan pengunjung iaitu dengan menggunakan kapal terbang dan juga feri. Selain itu, Pulau Langkawi juga menjadi pintu masuk / keluar sekiranya anda mahu ke Satun, Thailand. Dan dua tiga tahun sebelum ini, Pulau Langkawi juga menjadi hub keluar / masuk pelancong secara terus khususnya dari China. 

Pulau Langkawi menjadi bertambah terkenal selepas ia diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai. Sejak itu jumlah kedatangan pelancong semakin bertambah dan kerana itu para pengusaha hotel berlumba-lumba mendirikan penginapan agar pencutian di pulau bersejarah ini akan dikenang sampai bila-bila. 

Apa yang menyebabkan Pulau Langkawi menjadi terkenal seantero dunia? 

Kerana pantainya? 

Kerana alam semulajadinya? 

Kerana tarikan tempatannya? 

Atau kerana penduduknya? 

Sebenarnya sukar untuk memilih jawapan yang tepat kerana di Pulau Langkawi, semuanya menjadi bualan. Pantai Cenang yang sentiasa memutih dan memukau pandangan sering menjadi kunjungan wajib bila sudah tiba di sini. 

Tidak cukup dengan itu, Pulau Langkawi menawarkan landskap alam semula jadinya yang tiada bandingan. Pulau Dayang Bunting sebagai contoh. Walaupun hanya sekadar pulau biasa, tetapi ia mempunyai aura yang cukup kuat untuk menarik pelancong mengunjungi dan menikmati alam yang ada padanya. 

Selain itu, Pulau Langkawi juga sering dijadikan lokasi menyelam. Dasar lautnya yang indah selain kepelbagaian hidupan laut sentiasa menambat pengunjung untuk hadir dan meneroka keajaiban alam yang tersedia di Pulau Langkawi. 

Bagi penggemar sejarah, Pulau Langkawi juga menawarkan 'pakej sejarah' yang hebat. Siapa yang tidak kenal dengan legenda Mahsuri? Jadi, kesempatan berada di Pulau Langkawi, seharusnya anda ambil untuk menambah pengetahuan selain menyelami sisi sebenar figura termasyuhur ini. 

Namun semua itu tidak dapat dikecapi sekiranya kunjungan anda tidak dilengkapi dengan penginapan yang selesa dan 'friendly'. Bila bercuti, pastinya kita memerlukan tempat dan suasana yang tenang, selesa dan damai agar keserabutan yang ada dapat dihindarkan.

Maka dengan itu, pihak Traveloka begitu prihatin terhadap para pengunjung ke pulau legenda ini dengan menawarkan penginapan yang bukan sahaja selesa tetapi juga berpatutan dengan bajet yang dikeluarkan. 

Sama ada penginapan di tepi pantai atau di kawasan sibuk, Traveloka tidak sesekali menghampakan pelanggannya. Buktinya, hampir setiap hari pelbagai tawaran menarik disediakan bagi menjamin 100% kepuasan pelanggannya. 

Bagi Farah, Pulau Langkawi diibaratkan rumah kedua kerana hampir saban tahun, Farah pasti akan menjejaki pulau ini sama ada kerana tuntutan kerja, mahu pun untuk beriadah bersama seisi keluarga. 

Memandangkan kali ini Farah hanya datang berdua sahaja bersama Edy, jadi kami memilih untuk cuba merasai pengalaman menginap di chalet atas air kerana inginkan suasana lebih 'privacy' dan lebih 'to nature'.

Bagaimana Farah boleh dapat semua ini? Pastinya Traveloka menjadi rujukan utama Farah sebelum menempah hotel

'Langkawi hotels near beach' yang menjadi pilihan Farah untuk menginap adalah di Langkawi Lagoon Beach Resort. Ia terletak di Kampung Padang Matsirat dan boleh dikatakan antara hotel terbaik yang pernah Farah kunjungi. Dan paling best, tentulah ia berhampiran dengan pantai! 

pemandangan indah di Langkawi Lagoon Beach Resort!








Layanan, kemudahan serta suasana di Langkawi Lagoon Beach Resort ini begitu menambat hati kerana ianya betul-betul seperti yang Farah mahukan, jauh dari kesibukan kota.


kolam renang yang terletak betul-betul berhadapan dengan laut..


Selain ciri-ciri yang telah disebutkan, kebersihan dan layanan staf hotel turut menjadi keutamaan Farah. Berdasarkan review dan respon di Traveloka, sememangnya Langkawi Lagoon Beach Resort sudah terkenal di kalangan ramai pengunjung kerana ciri-ciri ini. Jadi, mengapa perlu ragu-ragu lagi dengan perkhidmatan yang Traveloka tawarkan? 

suasana dalam chalet yang besar dan bersih



ruangan dapur yang besar..

ruangan bilik mandi yang berkonsepkan ala-ala Bali tau..



pemandangan dari balcony chalet

paling best boleh layan sunset direct dari balcony chalet jer..


Cantikkkkk sangattt sunset dekat sini..

perkhidmatan buggy juga turut disediakan..

Kalau hendak dihuraikan panjang lebar, rasanya tidak cukup dengan ruangan yang ada. Terlalu banyak 'benefits' yang ditawarkan dan anda sendiri perlu alaminya. Bak kata orang, bila sudah alaminya sendiri barulah tahu baik buruknya, kan? 



Jadi, apa tunggu lagi? Datang dan alami sendiri kehebatan Pulau Langkawi, Permata Kedah ini. Dan tambahkan keriangan anda serta tinggalkan memori indah di penginapan terbaik khususnya di tepi pantai bersama Traveloka! 


You Might Also Like

1 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||