PERCUTIAN 4H3M KE LOMBOK, INDONESIA | PART I

22:02

Asssalamualaikum dan Hai..
**entri ini ditaip semula 100% untuk kali kedua!**sobsss

Hari meh ni i nak share citer percutian ke Lombok, Indonesia pada bulan April last year, Yes..last year! hahaha.. biasa la ketunggakan citer kekdahnya..actually ada banyak lagi citer percutian tahun 2017 yang masih pending, termasuklah trip Europe Winter..sepatutnya i kena update entri trip ke Europe dulu, tetapi memandangkan ada 6 buah negara punya story, so terpaksa la i skip dulu dan bagi laluan kepada entri ke Lombok ni, tapi i promise akan cecepat kembalikan momentum blogging i dan update semua trip i termasuklah Maldives tu haa okiess...

PERCUTIAN 4H3M KE LOMBOK, INDONESIA
Fyi, i plan trip ke Lombok ni bagi menebus rasa bersalah i terhadap Edy dan Emir sebab i pi Europe tak bawa depa..hehehe..tapi InsyaAllah jika ada rezeki lagi, i pasti akan repeat ke Europe lagi dan kali ni i nak pergi dengan dua orang kesayangan hati i..tunggu Emir Daniyal besar sikit dulu..baru la dia tahu macam mana nak enjoy nanti..

Okay, back to the story, Why Lombok? Hurm entah la, i tak ada spesifik reason pun kenapa memilih Lombok sebagai my next vacation..or maybe sebab i terpengaruh dengan orang dok viral pasal Lombok kot..mana tak nya, bila scroll jer timeline kat FB ka IG ka..ramai betul orang dok share gambar cecantikss dan moment best kat sana.. so tak nak fikir banyak buka website AA dan terus grab the tickets..

HARGA TIKET FLIGHT + INSURANS DARI PEN-KUL-LOMBOK (return) 
RM907.84 for (2A1C)
Kali ni i beli tiket flight dari Penang-KUL-Lombok (return)..sebab malas lah nak drive pi KL dulu, kalau congak balik, kos lebih kurang sama jer..so buat apa nak penatkan diri drive jejauhhh kan..dan as usual, i akan beli tiket flight jer dulu awal tu..untuk kos lain yang terlibat seperti penginapan, insurans, luggage, transportation dan etc dekat nak travel baru i akan settle-kan..haa, begini la cara i travel..bukan senang tau nak rancang satu-satu trip ni..banyak kita kena rancang dan yang paling penting kena tahu macam mana nak manage perbelanjaan supaya tak la ter-over bajet nanti..sebab tu la i lebih suka travel secara diy jer.. dapat berjimat banyak kot..cumanya kena rajin sikit la buat research..untuk trip Lombok ni i ambik masa sebulan juga tau untuk planning everything..dan alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang.. so kalau u all plan nak bercuti ke Lombok juga, please follow rapat-rapat entri Lombok ni yer..InsyaAllah i akan share itinerary lengkap ke Lombok..

26 April 2017
Day 1
==================
Dari Sg.Petani bertolak ke ofis i dulu untuk parking kereta kat situ..sebab FREE jer..hehehe..kalau nak parking dekat airport Penang mahal uiiiiii.. sehari RM24x 4hari dah berapa kan..so kita kena la bijak menggunakan semua kemudahan yang ada...kemudian, dari ofis kami naik Uber ke airport..kos yang terlibat cuma RM9.08 sahaja..jimat sangattt..heee

Memandangkan i tak beli meal on board untuk flight Pen-KL, so kami breakfast siap-siap dekat cafe di airport Penang.. tapi harga mak datokkk..mencekik darah..melayang RM50 jugak la untuk 2 set nasi lemak dan air minuman jer.. mahal kan.. kalau tahu, baik la i tempah makanan AA.. lagi jimat..1 meal RM10 jer...hahaha..padan muka sendiri.





So far flight dari Penang ke KL on time dan smooth jer..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 55 minit.sekejap sangat  kan..tak sempat nak rasa panas bontottt dan touch down..hahaha..kononnya tadi dah makan siap-siap tak perlu la membeli lagi kat atas flight..hurmm tak dak maknanya nak berjimat-cermat kalau bawa budak Emir Daniyal ni..ada jer permintaan dia..so i layankan jer la..tak nak nanti dia dok cranky pula habis spoiled mood ja nanti..






sesampai jer dekat KLIA2 bergegas pula kami ke terminal pelepasan international..jauhhh teramatttt uiiii..tercungap-cungap kami 3 beranak dibuatnya.. kemudian elok jer sampai dekat gate, baca kat board flight ke Lombok delay selama 1 jam...ppfttt AA kan memang tau..tak delay tak sah! so bertabahlah la kami mereput di airport tunggu flight sampai.. Edy dan Emir sampai ketiduran la dibuatnya..

Kemudian setelah sejam berlalu, akhirnya flight kami pun sampai dan membawa kami terbang ke destinasi yang dituju iaitu Lombok! Alhamdulillah sepanjang 3 jam berada kat atas flight cuaca elok jer..so tak dak la rasa gegaran sangat..i ni aerophobia tau..tak boleh flight bergegar sikit mula la fikir yang bukan-bukan..hahaha






Yayyyy, LOMBOK KAMI DATANG!!!!!!!!
Akhirnya selamat touch down kat airport Lombok lebih kurang jam 4.45 petang..settle-kan urusan imigresen kemudian terus bergegas keluar cari pak supir yang i dah deal awal dari Malaysia..pak supir ni pun i deal sebab dapat good recommendation dari blogger kita juga...cuma maybe this time nasib i tak berapa nak luck..bukan tak okay..cuma ada beberapa perkara yang i tak berapa nak berkenan sikit dengan cara dia handle kami..

Sepatutnya mengikut plan asal, dia sendiri yang akan drive dan guide kami sepanjang di sana..tapi tiba-tiba last minit dia tukar orang lain..i okay jer tukar orang lain pun..cuma yang jadi tak okay tu apabila sampai 3 kali kot dok bertukar orang untuk trip i..so timbul rasa kurang selesa kat situ.. i lebih prefer servis guide di Bali lagi..lebih professional sebab hanya orang yang sama yang akan assist kita sampai la ke penghujung trip..

yang keduanya pula dari segi caj yang dikenakan..KOS PRIVATE TRANSPORT+GUIDE+TOUR + PRIVATE BOAT KE GILI TRAWANGAN IDR1300000..discount IDR100K itu pun selepas i argue yang hari 1st kami sampai, kami tak dibawa pergi tour mana pun.sebab dah lewat..kami hanya dibawa untuk makan malam dan kemudian di hantar ke hotel.. so tak fair la kena caj harga yang sama untuk 1 day punya tour yer dak..Hurmm...

Next time, kalau u all just nak ke hotel jer dari airport, better naik taxi bluebird atau Uber jer.. lebih jimat, tak lebih IDR200K pun..boleh booking direct semasa di airport Lombok..






LOMBOK PULAU SERIBU MASJID
Dikenali sebagai Pulau 1000 masjid..memang banyak sangat masjid kat sini..semua dekat-dekat pula tu..dan majoriti penduduk kat sini adalah beragama Islam..Lombok juga pernah mendapat penghargaan sebagai World's Best Halal Tourism Destination dan World's Best Halal Honeymoon Destination..Haaa...jadi tak hairan lah jika percutian ke Lombok ni sangat viral kat tempat kita kan..





RUMAH MAKAN KHAS LOMBOK TANJUNG KARANG
Menu special yang harus dicuba kalau bercuti di Lombok adalah set Ayam Taliwang..ayam tu bukan ayam kita..saiz nak serupa seperti burung puyuh..tapi bukan.. anak ayam kot yang paling tepat..hahaha

Tapi rasa okay la boleh diterima dek tekak kami 3 beranak..sambal dia umphhh habis..cuma tak berapa nak puas sebab isi ayam kecik sangat..total damage kat sini IDR205K untuk 3 set nasi ayam taliwang, 2x jus durian belanda dan 1xteh o ais


















KAT MANA NAK MENGINAP DI LOMBOK?
Sebelum tu perlu kenal pasti dulu nak menginap di Mainland (tanah besar) atau di Gili Islands..kedua-dua lokasi ni ada keistimewaan yang tersendiri..

Jika mahukan kemudahan yang lebih banyak boleh menginap di hotel yang terdapat di tanah besar..tapi jika nak buat aktiviti snorkeling ataupun ingin melihat keindahan sunset, Gili Islands adalah pilihan yang terbaik sekali..

MAINLAND
Jika memilih untuk menginap di tanah besar, terdapat 2 tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong iaitu sama ada di kawasan Mataram atau Senggigi..Mataram lebih dekat dengan airport tetapi agak jauh dari kawasan pantai..jadi i lebih syorkan untul menginap di Senggigi kerana ia berhampiran dengan pantai dan laut yang cantik..

GILI ISLANDS
Manakala jika memilih untuk menginap di Gili Islands, boleh pilih di antara 3 gili yang ada iaitu Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.. dan daripada ketiga-tiga Gili ni yang paling happening dan terbesar sekali adalah di Gili Trawangan..

So yang mana satu jadi pilihan i???
Jawapannya adalah kedua-dua sekali..alang-alang dah datang kan..so i experience dua-dua tempat.. 1malam di tanah besar dan 2malam lagi di Gili Trawangan..

ALAM MIMPI BOUTIQUE HOTEL, SENGGIGI <--(click for booking)
Di Senggigi ada banyak hotel best tau..tapi memandangkan i just transit untuk semalam jer so i pilih untuk menginap dia Alam Mimpi Boutique Hotel...rate semalam cuma RM117.67 sahaja termasuk breakfast untuk 2 orang..

Kemudahan yang disediakan di dalam bilik so far sangat memuaskan..siap ada kelambu lagi tau..boleh lah fefeeling macam pengantin baru..hahaha..selain tu juga ada balcony yang besar dan mengadap swimming pool..not bad la kan untuk harga bilik yang i bayar..berbaloi...












(27 April 2017)
Day 2
==============
Keesokan pagi sebelum memulakan tour pada hari kedua, haruslah kena mengembirakan perut dulu..baru la mood berbunga-bunga bahagia.

Yang menariknya lagi, tempat breakfast hotel ni terletak di atas roof top yang menghidangkan panorama yang menghijau..bahagia rasa dapat menikmati sarapan pagi dengan suasana begini..sebab itu la hotel ni menjadi pilihan i..suka betul hotel yang ada ciri-ciri kebalian..

Walaupun menu yang disediakan bukan secara buffet, tetapi ianya tidak mengecewakan..ada nasi goreng, pancake, roti bakar dan fruits..untuk minuman pula ada juice dan coffee/tea..










SWIMMING POOL YANG OHSEM!
Tapi sayangnya kami tak sempat nak membasahkan diri pun dekat pool ni kerana masa yang terhad..sobss..sobss..










Okay..kemanakah destinasi kami yang seterusnya..tunggu kat next entri i share lagi na...bye


Kos Trip Lombok Part I
☆Flight AA PEN-KUL-LOMBOK (return) + Insurans (2a1c)~ RM907.84
☆Kos Transport+ Tol (SP-Pen) ~ RM50.00
☆Uber ~ RM9.08
☆ Breakfast ~ RM50.00
☆Jajan Atas Flight ~ RM15.00
☆ Ground Tour ~ IDR1300000
☆ Dinner ~ IDR205K
☆ Hotel Alam Mimpi Boutique Hotel ~ RM117.67

You Might Also Like

2 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook