PERCUTIAN 4H3M KE LOMBOK, INDONESIA | PART II

11:20

Assalamualaikum dah Hai..

27 April 2018
Day 2
===========
Check-out dari Alam Mimpi Boutique Hotel, kami memulakan tour pada hari kedua menuju ke...

SASAK VILLAGE LOMBOK - Tempat perkampungan asli suku kaum sasak Lombok.
Di sini kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang keunikan budaya suku kaum sasak dan juga boleh tengok hasil tenunan mereka yang sangat cantik..

Apakah yang uniknya? Haa meh sini nak bagi tau..Pastinya sebelum ni kita selalu mendengar tentang anak gadis yang dok kena bawa lari ke Lombok kan..sebenarnya mereka bukan jahat tau..rupanya itu adalah salah satu adat suku kaum sasak ni...sebab kat sini tak ada istilah masuk meminang ke merisik dulu...bila dah bercinta dan dah bersedia nak kawin, si lelaki wajib kena pi menculik dulu gadis yang mereka suka, kemudian bila dah berjaya, baru la upacara perkahwinan dibuat..kiranya seperti nak tunjuk kejantanan ke macam mana ni ek..hahaha..tapi begitu la adat mereka yer..

Selain daripada keunikan adat mereka, anak gadis Lombok juga sangat pandai membuat tenunan kain...memang cantik-cantik dan halus sangat hasil tenunan depa..tak caya jom tengok di gambar yang i share kat bawah..

Info:- Entrance Fee ~ FREE




cantik kan..rambang mata dibuatnya..terlampau rambang mata, sampai satu pun i tak membeli..hahaha...


Ada banyak jenis dari kualiti yang terbaik sampai la kualiti yang biasa..harga bergantung pada kualiti..tapi dengarnya kalau nak membeli kain tenunan beli di Mataram lebih murah..




Fyi, kat sini kita boleh sewa pakaian tradisonal depa untuk sesi photoshoot..price? ikut suka kita nak bagi berapa..lebih kepada tips sebenarnya.. 
Fefeeling seperti sebuah keluarga bahagia suku kaum Lombok..

selesai sesi photoshoot kat sini.. 

DESA SADE, RUMAH BUDAYA SUKU SASAK, LOMBOK


Kemudian, kami bertolak menuju ke Perkampungan Suku Kaum Sasak Sede..adat kat sini berbeza pula dimana mengikut adat, anak gadis suku kaum mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan dengan orang luar melainkan dikalangan saudara mereka sendiri jer..tujuan dia sebab tak nak keluarga berpecah-belah..

Selain itu, menariknya lagi, dinding rumah yang dibina oleh mereka diperbuat daripada tahi lembu atau kerbau..i sempat lagi bertanya tak berbau ke? katanya kalau masih lembab memang ada berbau..tapi once dah kering tak ada bau lagi dah..heee..dasyat kan..struktur binaan pun nampak kukuh jer..

Info:- Entrance Fee ~ FREE (tapi ikut kita la nak bagi tips berapa dekat tour guide)











kami dibawa melawat rumah mereka...dan ini adalah bilik bagi pasangan pengantin yang baru berkahwin..


kat sini pun ada jual kain tenunan..tapi i tak singgah pun..sebab tak berapa minat nak beli pun..






BUKIT MERESE YANG SUPER INDAH!

Sepatutnya kami ke sini dulu la semalam.. kengkonon nak melayan sunset dari atas Bukit Merese..Ohsem tau view kat sini..yang i nak sangat datang sini waktu sunset sebab tengok video klip Airil & Wawa mai buat video hindustan depa kat sini..lawa sangat suasana waktu sunset dia..tapi tak ada rezeki kami sebab sampai dah lewat sangat gara-gara flight delay..huhuhu

tapi tak pe la..tak dapat datang untuk tengok keindahan waktu sunset, kami datang time tengah hari rembang..hahaha..tapi sangat tidak mengecewakan sebab view dia teramattttttt indah.. Ya Allah tak tau nak gambarkan dengan kata-kata..speechless! u all memang wajib datang dan tengok sendiri..walaupun cuaca panas terik tapi tak terasa bahang sangat sebab angin kuat..but i lebih syorkan datang ke sini waktu petang..boleh berkelah sambil tunggu sunset..Sumpah berbaloi!
















TANJUNG AAN BEACH

Dekat jer dengan Bukit Merese..satu jalan..so jangan lupa singgah juga kat sini.. pasir pantai kat sini sangat putih dan bersih..yang paling tak tahan tengok color air laut dia..membiru jer tau...indah sangat! kalau compare dengan Bali..rasa laut di Lombok lebih cantik..

kalau dah sampai di Tanjung Aan, sila ambil peluang ke Batu Payung sekali yer..cantik tau tempat tu..ada seketul batu besar terpacak indah..tapi nak ke situ kena naik perahu..i tak sempat nak pergi sebab dok kejar masa nak ke Gili Trawangan pula..










  




  


  





Actually memang ada banyak lagi tempat best yang i tak sempat nak cover dan ada yang tak sesuai untuk Emir Daniyal..Hurm, boleh dijadikan alasan untuk repeat Lombok lagi tak?? hee

Okay Meh i list sekali beberapa tempat yang u all patut masukkan dalam list sekiranya bercuti ke Lombok..

  • Batu Payung, Tanjung Aan 
  • Mount Rinjani 
  • Pura Batu Balong 
  • Air Terjun Benang Kelambu 
  • Pantai Sengigi 
  • Pantai Kuta 

Selesai sudah aktiviti tour kami di tanah besar.. Next kami ke Gili Trawangan..yang ni i sambung kat next entri yer..bye


You Might Also Like

2 comments

  1. ya Allah..cantiknya pantai dia..

    BalasPadam
  2. Suka pergi bukit merese and tanjung ann. cantik sgt!

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook