PERCUTIAN 4H3M KE LOMBOK, INDONESIA PART III | MENGINAP DI GILI KHUMBA VILLA WITH PRIVATE POOL, GILI TRAWANGAN

12:48

Assalamualaikum dan Hai...

27 April 2017
Day 2 
==============

Selesai aktiviti tour di tanah besar Lombok, kami meneruskan lagi perjalanan ke Pelabuhan Bangsal untuk menaiki speed bot ke Gili Trawangan..Perjalanan nak ke pelabuhan boleh dikatakan agakkkk jauh..2 jam lebih jugak tau dari Tanjung Ann..sudah la dengan jalan dia berbukit- bukau..plus cuaca masa tu hujan lebat lagi...Fuh! kuss semangat dibuatnya..tapi mujur la driver kami si arix tu pro memandu..so kurang la sikit kerisauan walaupun dok nampak gaung jer kekdahnya...hahaha

Oh ya, sebelum tu nak bagi info, kalau nak jimat, sebelum ke Gili Trawangan, jangan lupa singgah dulu dekat kedai Mart untuk tapau apa yang patut macam roti, air mineral, maggi dan stok makanan lain yer..sebab nanti dekat Gili Trawangan harga makanan agak mahal sikit..standard la harga kat pulau..tak ada jalan darat nak hantar barang..so memang logik la harga yg depa caj tu.. cuma kita la kena bijak kalau nak save duit yer dak..


Pelabuhan Bangsal

Sesampainya di Pelabuhan Bangsal, speed boat kami memang dah sedia menanti..harga i dah share kat 1st entri okay..kalau nak murah boleh jer naik public bot..harga around IDR18K..tapi ambik masa 40 minit untuk sampai kat Gili Trawangan..

Kalau naik private speed bot ambil masa dalam 15 minit jer..sebab tu la i prefer speed bot lagi walaupun harga agak pricey..bagi i keselesaan lagi penting kot..tak dak la rasa nak werk..werk..mabuk laut kalau lama-lama atas bot..hehehe


Emir Daniyal mula-mula macam cuak..tapi kejap jer..lepas tu dah chill..

lawaaaaaaa amat air laut dia kan..

Gili Trawangan

Akhirnya selepas 15 minit meredah ombak, kami selamat sampai di Gili Trawangan lebih kurang jam 4:00 petang..Perkara pertama yang kita kena buat apabila sampai kat sini adalah kena cari cidomo..tahu tak apa tu cidomo ni? heee..alaaa kereta kuda la..

Cidomo ni adalah pengangkutan utama kat Gili Trawangan..sebab dekat sini tak dibenarkan kenderaan jenis berenjin.. so untuk bergerak ke satu-satu tempat, kita kena naik cidomo atau basikal jer..



suasana di kawasan pelabuhan Gili Trawangan..
Emir Daniyal dah tak sabar nak main pasir..

begini la rupanya cidomo tu..


Tahu tak nak dapat servis Cidomo nie bukan mudah tau..asyik full jer memanjang.. kalau tak full, yang nak scam pun banyak juga..sesuka hati jer nak letak harga yang tak masuk akal..so tips untuk elak dari tertipu, cari Cidomo yang ada rate harga macam kat gambar yang i share di bawah.. kat situ memang dah ada list harga untuk setiap tempat yang kita nak pergi..kalau bernasib baik, boleh tawar-menawar lagi macam yang kami dapat..cuma IDR50k saja ke Villa kami..






GILI KHUMBA VILLAS

Dalam banyak-banyak penginapan yang ada di Gili Trawangan, Gili Khumba Villas ni yang menjadi pilihan hati i..sebab apa tau..sebab ia adalah 1 Bedroom Villa With Private Pool yang paling murah sekali! Harga untuk 2 malam kat sini cuma RM616.02 nett With Breakfast For 2..

berbulan-bulan jugak tau, i dok survey penginapan jenis villa yang ada private pool kat sini...majoriti range harga semua around RM500 ke atas untuk 1 malam..so bila i dapat harga 1 malam just RM300+ jerr..tak ke membahagiakan.heee..

Antara sebab lain lagi i nak menginap kat sini sebab I datang bawak budak kecik Emir Daniyal tu..so kami memang tak dak plan nak snorkeling ke apa sepanjang kat sini..so villa yang ada private pool adalah yang terbaik sekali..anytime Emir Daniyal boleh terjun pool..Eh! bukan Emir jer..i dengan Edy pun sama naik syeikhhh naa..hahaha..


Nak booking villa ni boleh refer sini  (Gili Khumba Villa)



Urusan check in mudah dan pantas..siap dapat welcome drink lagi untuk sejukkan tekak kami..

Buka Pintu Villa..Tadaaaa nampak pool dulu..
keluasan saiz pool yang just nice untuk kami 3 beranak..kebersihan pool pun memang tip top!

1 Bedroom Villa With Private Pool 

  • Features - keluasan bilik 25m²/269 ft² dan katil bersaiz king..lengkap dengan kitchenette, shower dan air conditioning
  • Bathroom and toiletries - ada bathrobes, hair dryer, toiletries, towels..paling suka mandian dia..harum semerbak!
  • Entertainment - DVD/CD player, Free Wi-Fi, Telephone dan TV [flat screen]
  • Dining, drinking, and snacking - Coffee/tea maker, Dishwasher, Kitchenware, Microwave, Mini bar, Refrigerator
  • Safety and security features - In-room safe box


tilam dan bantal sangat selesa..
dari dalam bilik boleh nampak swimming pool

ruang kitchen yang lengkap semuanya..nak memasak pun boleh tau kat sini..
syiok ada open bathroom macam ni.. tapi malam-malam takut la jugak..so Edy la jadi mangsa kena teman..hahaha

dia start dah.heee

  
dessert utk kudapan sambil layan Emir Daniyal mandi pool..



makanan boleh order ala card dah akan dihantar ke villa..harga pun sangat reasonable..




Untuk hari pertama di Gili Trawangan, kami banyak menghabiskan masa di Villa sambil melayan Emir Daniyal yang dok berulang-ulang kali mandi pool..Overall i sangat berpuas hati dengan penginapan kami kat sini..memang menepati kriteria yang i nak..waktu ni la kami 3 beranak dapat spent time bersama-sama sambil enjoy keindahan suasana kat sini..

Esok baru kami jenjalan di sekitar Gili Trawangan..happening ke kat sini seperti yang diperkatakan orang..haa nanti kat next entri pulak i share na..Bye!



Kos Trip Lombok Part III
☆Stock Jajan ~ RM50.00
☆ Dinner ~ RM40.00
☆ Gili Khumba Villa 2mlm ~ RM616.02



Entri berkaitan;-  

You Might Also Like

3 comments

  1. plan nak kesini bulan 7.Backpack berdua dengan laki, anak semua tinggal >,<

    nak kena bookmark semua entry ni buat ulang ulang baca sampai khatam.

    BalasPadam
  2. yess publish jugak! haha

    BalasPadam
  3. Waktu malam kat sini happening..masa ni la dapat tengok macam- macam perangai manusia, yang mabuk, yang couple, yang just nak enjoy scenery..hehehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook