PERCUTIAN 4H3M KE LOMBOK, INDONESIA | LAST PART- VILLA HANTU DAN SHOPPING OLE-OLE MURAH DI LOMBOK

16:22


Assalamualaikum dah Hai..

Dah sampai ke entri terakhir untuk citer Percutian 4H3M ke Lombok, Indonesia..Yayy! lepas ni boleh la sambung citer percutian yang lain pulak...i tengah mood rajin nak update ni haaa..hehehe..doakan semoga i terus istiqomah untuk update blog naaaa...

Okay back to the story, after check-out from our lovely private villa, kami ambik cidomo untuk ke pelabuhan..private bot yang akan membawa kami kembali ke Tanah Besar dah sedia menanti kat sana..

Mengikut plan, sebelum ke airport, kami akan dibawa ke satu lagi tempat tarikan menarik yang ada di lombak iaitu Villa Hantu...so nanti tengok seram ke tidak Villa Hantu ni sampai dapat jolokan sebegitu...





VILLA HANTU DI LOMBOK YANG TAK SERAM LANGSUNG TAPIIIIIII MEMPUNYAI VIEW YANG SUPER OHSEM!!

Okay, sampai jer kat sini, boleh nampak villa yang dah usang dan tak ada apa yang menarik pun pada pandangan luar.. tetapiii saat melangkah masuk jer kat dalam villa, fuh terkesima terus..rupanya kat luar yang kita nampak buruk, mempunyai view yang sangat ohsem!! hurmm sayangnya la villa yang ada panorama cantik macam ni dibiarkan terbengkalai..

Oleh kerana view yang sangat cantik, ramai yang tak nak melepaskan peluang untuk datang bergambar kat sini termasuklah kami...heee





dari atas boleh tengok view laut sampai ke pantai senggigi yang pasirnya putih..


setiap sudut villa kita boleh nampak lautan terbentang indah..


Super Ohsem view...

gambaran Villa Hantu dari sudut yang lain..kami tak explore sampai ke bawah..sbb serius tempat dia agak curam..huhuhu
Picture credit to google




SUPERMARKET OLEH-OLEH

Selesai selfie dekat Villa Hantu, kami meneruskan perjalanan ke Supermarket Oleh-Oleh pula..dekat sini ada pelbagai jenis barangan yang sesuai untuk dijadikan ole-ole..harga pun okay la..tak mahai sangat tak murah sangat..kami pun memang tak plan nak shopping banyak kat sini..beli satu dua barang jer buat kenangan mai bercuti kat Lombok.. heeee














RUMAH MAKAN NADA ALAM NYAMAN BINTORO

Last port sebelum ke airport, kami singgah lunch kat sini..katanya restoran ni antara yang femes di Lombok..menu pilihan kami of coz la set nasi dan ayam taliwang..kalau compare, restoran yang hari pertama i cuba lagi meletops keenakannya..tapi okay la, perut kena isi juga supaya tak kebulur kat airport nanti..











Akhirnyaaa....tamat sudah kisah percutian ke Lombok ni.. kesimpulannya Lombok ni so-so jer la bagi i.. dan tak akan masuk dalam bucket list tempat favorite yang akan repeat dalam masa terdekat..boleh gituu...hahahaha 

Hurmm maybe tak ada banyak benda menarik yang sesuai untuk family dan anak kecik kat sini..part yang i rasa best pun mujur i ambik penginapan berkonsepkan private villa yang ada private pool.. kalau tak rasa memang hancusss langsung la...hahahaa..lagi satu kalau nak ke satu-satu tempat tarikan kat sini ambik masa lama sebab jauh..so murung jugak la rasa dok lama-lama dalam kereta.. 

So bagi i Lombok agak kureng sesuai untuk percutian family bersama anak kecik...horneymoon maybe syiokkk..sekian..macihhhhh

You Might Also Like

1 comments

  1. SA tak banyak beli barang pun kat lombok..xde apa yang menarik..just beli la t-shirt dan souvenir jangankan xde beli langsung kan...kat sana lebih kepada menikmati keindahan alam..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook