PERCUTIAN 4H3M KE LOMBOK, INDONESIA PART IV

16:19

Assalamualaikum dan Hai..


Hari-ke 3 di Gili Trawangan..bangun pagi tu mengeliat-ngeliat renggangkan otat di depan private pool sambil dengar ayam berkokok..kemudian call reception order breakfast..menu pilihan lebih kurang macam semalam jugak.. i ni jenis kalau makanan dah kena dek tekak memang susah nak move on.. so tak de hal kalau order menu yang sama lagi..asalkan sedap dan kenyang!

Seusai breakfast..kami bersiap untuk keluar jenjalan kat tepi pantai..nak bawa dak kecik Emir Daniyal main pasir..dari semalam dok berzikir jom la bawa dia pi ke pantai..aduiii la...ok jom ke pantai!

Dari villa kami nak ke pantai di sebelah barat pulau tak jauh sangat..lebih kurang 5minit jer berjalan kaki..elok sampai jer kat situ, tengok tak dak sesiapa pun..maybe terlalu awal pagi or maybe kawasan ni bukan tempat favorite spot orang untuk bermandi-manda..sebab i perasan ada banyak batu karang..nak jalan pun kena hati-hati, takut terpijak mau berdarah kaki!

So memang tak dak aktiviti mandi laut la..kami just bersantai sambil teman Emir Daniyal main pasir..i pula sedap dok atas bean bag color pink sambil sedup vitamin sea banyak-banyak..tenang rasa dapat tengok color air laut yang membiru.. terfikir juga kalau dapat snorkeling kat sini mesti best! Tapi tu lah..belum ready nak bagi Emir Daniyal explore benda macam tu lagi..










Bila matahari dah mula nak membahang.. terus kami bergerak balik ke villa..plan yang pada awalnya nak jenjalan sampai ke Ombak Villa tak kesampaian...reason dia tak larat nak menapak jauh-jauh pagi tu..kengkonon nak continue petang pulak..boleh layan sunset sekali dekat buaian femes Ombak Villa tu.. sekaliiiiiii petang tu hujan turun punya la lebat...berhuhuhu ja la kami tengok hujan membasahi bumi..so nak tahu apa aktiviti kami 3 beranak buat kat villa pada masa tu??? Membuta ja lah! Hahaha


Nak senja baru lah hujan stop! redo jer la tak dak rezeki nak tengok sunset lawa di Gili Trawangan seperti yang diperkatakan orang..bila hujan dah betul-betul stop, kami rental basikal yang disediakan di villa kami untuk keluar cari makan malam.. sekali nak cari spa juga untuk memanjakan diri..heee







sate lombok..must try

Settle tapau makanan.. sesi mencari masssage pulak..ronda punya ronda jumpa la satu SPA nie..menariknya depa ada buat servis massage di villa..bagus sangat uiiii.. tak payah la Edy & Emir kena tunggu i massage lama-lama..so i prefer massage kat Villa jer..sebab lepas massage boleh terus tido yer dak...

so far not bad la massage dia..sedap amatt...ringan rasa badan.. harga berapa sorry dah lupa..tapi tak mahal sangat la.. standard price macam yang kebanyakan spa dok caj..





boleh zoom kalau nak tengok caj yang dikenakan yer

Dah settle massage masuk berendam kat dalam nie pula..best tau sebab air dia tak sejuk..suam-suam jer.. heaven uiiiiii..

Malam ni adalah malam terakhir kami di Gili Trawangan.. so kesimpulannya best ke Gili Trawangan nie? bagi i ada pro dan con jugak.. best dia sebab dapat enjoy private villa yang ada private pool to the max..sangat privacy dan dapat spent masa yang berkualiti dengan orang tersayang tanpa ada gangguan luar..kalau datang untuk honeymoon memang amat-amat disyorkan.. 

Part downside pulak, Gili Trawangan ni agak membosankan kalau kita datang dengan anak kecil.. sebab aktiviti macam snorkeling tak dapat buat..makanan  kat sini sangat limited dan tak berapa nak umphhh.. kos pengangkutan cidomo agak pricey..satu trip return dari villa nak ke town dia caj IDR100k..itu kalau satu trip..kalau kita nak pergi berkali-kali??? dah berapa?? nak berjalan kaki or naik basikal boleh jer..tapi keadaan jalan pun tak berapa nak elok..kalau pi berdua jer maybe okay..tapi kalau bawak anak-anak agak mencabar la..kesian jugak kat Emir masa kami decide berjalan kaki ke town..nampak macam dekat jer..tapi 20-25 minit jugak kot berjalan kaki..phewww

so kalau tanya pendapat i..stay semalam pun dah cukup di Gili Trawangan..atau stay jer di tanah besar dan ambik day trip ke Gili Trawangan.. tapi terpulang la yer..ni pendapat peribadi i.. kalau next time ada rezeki datang ke Lombok lagi..maybe ambik day trip untuk snorkeling jer kat sini..heeee

Okay untuk hari esoknya, sebelum ke airport kami ada singgah kat tempat ole-ole best dan Villa Hantu Lombok.. yang ni nanti kat next entri i share na.. Bye!


You Might Also Like

4 comments

  1. cantiknya tempat ni..teringin nak g jgk..:)

    BalasPadam
  2. terbaek.. menarik tempat ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    BalasPadam
  3. singgah n follow sini :)

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    BalasPadam
  4. Yes setuju, Gili Trawangan x sesuai untuk percutian family, more to adult especially honeymoon...hehehe..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook