FLAMINGO HOTEL BY THE BEACH, PENANG

08:05

Assalamualaikum dan Haiii...

Okay sambung lagi citer holiday seterusnya. - Selang 2 hari selepas balik dari The Light Collection Penang, i mai short vacation kat Flamingo Hotel By The Beach, Penang pulak! ahaaa...macam mana boleh mai kat sini, i pun dah lupa sebenarnya.. tapi rasanya mesti ada sebab musabab sehingga terjadinya trip ni..dok recall tapi still tak boleh ingat laaaaaa..aduiiii...arghhh tak kisah la..gambar ada so i share jer la kat blog..muahahaha

Daripada yang i ingat..kami check-in kat sini dah malam jugak pada masa tu..dah serupa orang lari malam kekdahnya..hahaha..i booking bilik pun last minit..mujur ada bilik yang available..rate semalam RM157.64 after tolak 5% discount untuk bilik jenis Deluxe Hill View..

Okay..Apa yang i nak komen ek pasal hotel ni..why hotel ni menjadi pilihan i.. hurmmmm, maybe sebab rate dia yang paling murah kot pada masa tu untuk kategori hotel yang ada swimming pool dan boleh direct access ke beach.. selain daripada tu average jer..sebab hotel dah lama.. tak boleh la nak letak high expectation sangat..sesuai la dengan ongkos yang dibayar....hahaha...syukur!




Bilik simple jer..katil besar dan boleh muat kami 3 beranak.. bilik ni ada balcony dengan partial sea view..Kelengkapan dalam bilik standard macam hotel lain jugak..cuma macam i kata tadi..semua old season sikit la...but dont worry kebersihan memang tip top!





Apa aktiviti best yang ada kat hotel ni - hurmm aktiviti apa la sangat kalau just mai stay setakat 2H1M jurrr...hahaha..tak sempat nak menikmati pun..lebih pada Emir Daniyal jer la.. layan dia tengok binatang dekat mini zoo hotel..layan dia mandi pool dan layan dia main pantai...then cukup time check out...hahaha




































So honest review pasal hotel ni..i recommend jugak la kalau u all rasa saja-saja boring tak tau nak pi mana..boleh jer mai ja stay kat sini.. sebab range harga bilik tak mahai sangat dan ada fasiliti yang best untuk anak-anak enjoy..apa yang penting kegembiraan anak-anak..depa syiok..kita pun bahagia..betul tak..

Okay la..tutup citer ni...InsyAllah esok i sambung maraton update citer  holiday yang lain pulak...tatatititutut...



You Might Also Like

2 comments

  1. kemain emir becanda dipasiran pantai..hihi

    BalasPadam
  2. kadang2 memang kita just nak escapism skejap je kan 2H1M pun jadila. best kat budak2 lew ada swimming pool semua =D

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook