JATUH LOVE DENGAN DAILY 10-SECOND WASH-OFF MASK REAL FRESH SKIN DETOXER FROM ALTHEA KOREA

10:00

Assalamualaikum dan Haiii..

"Wah! flawless nya skin dia..skincare jenama apa la yang dia gunakan". Inilah yang selalu i fikirkan setiap kali tengok kulit wajah orang yang cantik, mulus dan sihat..

Hakikatnya, selama ni diri sendiri yang ambik mudah dengan fikir bahawa cukup sekadar menggunakan cleanser dan pelembab jer untuk jaga kulit wajah..sedangkan untuk dapatkan kulit yang cantik, mulus dan berseri kita perlu extra penjagaan dan salah satunya adalah dengan pemakaian masker muka..

Yes, masker muka memang sangat penting dan wajib ada dalam list penjagaan kulit wajah..kerana kebaikan masker muka adalah untuk membantu membuang sel kulit mati dan mengembalikan semula keremajaan kulit..

Walaupun i tahu terdapat banyak kebaikan menggunakan masker muka ni, tapi itu lah, kadang-kadang step penggunaan masker yang agak melecehkan tu buat i tak rajin nak pakai masker.. sebab i tak suka nak tempek masker lama-lama..kemudian kena tunggu kering dulu..kemudian bilas pulak dengan air..

Haa, nampak tak berapa banyak kekdahnya...itu yang buat i malas nak apply masker kat muka..Pernah juga terfikir, tak dak ke masker muka yang mudah dan tak menyusahkan kita..

Then tup-tup, hajat i tu ditunaikan oleh Althea Korea melalui surprise box sempena Birthday Althea Turns 3!!! Yayyy Happy Birthday to Althea!!!! Sekejapan jer dah masuk anniversary ke-3..

For info, Althea Korea adalah sebuah web e-commerce Korean Beauty Store yang terbesar di Asia Tenggara dengan menawarkan harga terendah yang dihantar terus dari Korea. Di Althea, terdapat beribu-ribu barangan kecantikan yang terdiri daripada pelbagai brand -brand terkemuka di Korea seperti Laneige, Innisfree, Sulwhasoo, IOPE dan banyak lagi.. 

Terkini, Althea juga sedang berkolaborasi dengan one of Korea's TV programs iaitu "GET IT BEAUTY".. Wah hebat bukan..memang terbaik la Althea!




UNBOXING ALTHEA'S SURPRISE BOX

Teruja betul aabila i dapat surprise box daripada Althea Korea ni..sebab i tahu semua produk Althea nie best dan yang penting original dan diterbangkan khas dari Korea!

Apa yang menariknya lagi, surprise box Althea kali ni mengandungi 2 produk terhebat iaitu Daily 10-Second Wash-Off Mask yang sangat-sangat memenuhi kehendak i..10 saat jer okay pakai mask..love..love..love..




Real Skin Detoxer (Premium Ingredients Beauty Recipe)

Ada 2 jenis mask untuk kegunaan pada waktu pagi dan malam..

1) Rose : Refining
Digunakan pada waktu pagi
Membantu melindungi dan seimbangkan level pH kulit kita sekaligus membuat kulit wajah menjadi tampak bercahaya dan berseri-seri..

2) Green Tea: Purifying
Digunakan pada waktu malam (seeloknya pukul 10.00mlm)
Proses detox yang menenangkan dan pada masa yang sama bertindak untuk membersihkan kulit yang sensitive.. 


 

PENDAPAT PERIBADI SELEPAS MENGGUNAKAN 10-SECOND WASH-OFF MASK NI,

Setelah i gunakan selama 2 minggu, i dah jatuh love dengan masker ni..jujur cakap memang sangat-sangat best.. tak ambik masa yang lama pun..step nak apply pun mudah..

Steps:-
1) Bersihkan muka dari segala kekotoran seperti make-up
2) Kemudian sapu dan ratakan masker ke seluruh kulit wajah
3) Buat kiraan 1.2.3.4.5.6.7.8.9.10!! (hahahaha)
4) Kemudian bilas muka dengan air bersih! 
5) Siap!!!

Mudah bukan..result pun boleh dapat on the spot tau..lepas pakai kulit akan rasa lebih tegang, lembut dan bersih..pori-pori pun semakin mengecil..so tak perlu ragu-ragu lagi dengan masker dari Althea ni..sehari tak pakai masker ni rasa tak lengkap hidup i..memang dah betul-betul jatuh hati dengan kedua-dua masker ni..






KAT MANA NAK BELI MASKER MUKA PALING BEST NI???

Dekat website Althea lah! hehehe..bukan masker ni jer yang ada tau..ada banyak lagi barangan kecantikan lain..ada set lengkap untuk penjagaan seluruh badan, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.. 

Harga pun sangat-sangat mampu milik..Servis penghantaran pun sangat cepat walaupun ianya di pos direct dari Korea..

Harga combo set REAL FRESH SKIN DETOXER DAILY 10-SECOND WASH-OFF adalah RM86.00



Last but not least, terima kasih kepada Althea Malaysia Dan The Butterfly Project for this ohsem surprise box.. i'm happy Althea Angel....

You Might Also Like

1 comments

  1. menarik jugak konsep 10 seconds ni.. berkenan yang rose tu nanti da habis yang dok guna skrng bolehla godek2 Althea =D

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook