WEEKEND GETAWAY AT THE LIGHT COLLECTION, PENANG

08:30

Assalamualaikum...

Hai hampa..meh i nak sambung satu lagi citer trip yang ada dalam list tertunggak..untuk trip short vacation kali ni, i tak pi jenjalan jauh pun...just  pi ke Penang jer...itu pun kebetulan mama i ada follow up dekat Island hospital..so dah alang-alang sampai..sekali holiday la..

Ada orang pernah tanya i..ang ni kalau pi short vacation asyik-asyik Penang..balik-balik Penang..tak cemuih ke?? Dah la kerja pun kat Penang.. Hurm well hellooo..mai kerja dengan holiday tak sama okiess..lagipun i memang tak akan pernah move on dengan Penang..sebab Penang syurga makanan kot! so teramatlah rugiii kalau tak mai bercuti dekat sini yer dak...hee

So untuk trip ke Penang yang kali ke berapa entah...hahahah..i pilih untuk menginap di homestay The Light Collection, Penang..rate satu malam adalah RM410nett untuk 3 bedroom 2 bathroom..as usual, i kalau datang bercuti dengan family, memang akan prefer untuk stay di homestay sebab lebih jimat..lagipun homestay dekat Penang semua best-best dan menepati kriteria yang i nak..

Dekat mana nak booking homestay best di Penang.?
Haaa meh checkadaut link kat bawah...
(www.airbnb.com/c/fwahyda)- Sign up dulu untuk dapat discount on the spot sebanyak RM120 off on your 1st trip booking! 

Back to the story, homestay yang i booking ni boleh dikatakan yang paling best sekali antara yang kami pernah stay di Penang..tiberr rasa macam orang have-have kekdahnya..mana kan tak..kos sebijik rumah kat sini bernilai jutaan ringgit kot...tak mampu beli sebijik rumah kat sini..dapat merasa stay sehari pun jadi la kannnn..ini pun dah syiok gila! 

Kemudahan dekat sini semuanya lengkap..baik dari segi kelengkapan dalam rumah..gym...playground..sampai ke pool yang mengadap lautan semuanya sangat memuaskan hati.. paling menarik perhatian, dekat sini ada beberapa port aquarium yang terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut termasuk baby shark!

Pendek kata, memang tak bosan langsung menginap dekat sini..sebab banyak aktiviti riadah yang kita dapat buat bersama family termasuk lah memancing!











Dekat sini ada banyak kategori rumah..dan i rasa yang paling mewah sekali rumah type ni..sebab dia landed dan kat depan balcony rumah ada kolam yang boleh nampak banyak ikan dok berenang..waktu petang lepak sini mengopi sambil tengok ikan dok berenang-renang..Fuh! confirm syiok!







Memandangkan kami stay dekat sini cuma semalam, so kami tapau stok makanan awal-awal sebelum check-in..lepas tu boleh bersantai dengan tenang jer kat sini dan enjoy semua fasiliti yang ada terutamanya swimming pool!












Actually swimming pool kat sini ada banyak lokasi tau.. tapi yang menarik sekali adalah pool di kawasan ni..sebab ianya mengadap laut dan ada 3 sections..

Pool utama untuk dewasa..pool kedua utk kanak-kanak dan pool ketiga untuk jakuzi.. memang heaven sangat dapat berjakuzi sambil ambil angin petang kat sini..









Haaa..ini la yang i citer kat atas tadi.. ada banyak spesis hidupan laut yang kita boleh tengok..anak-anak paling teruja setiap kali nampak baby shark dan sekumpulan ikan pari dok berenang..comeiiii














Ni la satu lagi pool yang i maksudkan tadi..pool kat sini berkonsepkan infinity pool..best jugak nampaknya kan..













Palyground untuk anak-anak dan gym terletak berdekatan jer..so tak risau nak biar depa main kat sini sambil kita membakar lelemakss kat gym..hee



Stay 2h1m kat sini rasa sekejap sangat masa berlalu..nyesal pulak booking stay semalam jer..hehehe..Keesokannya kami request late check-out sampai pukul 2.00 petang..punya la tak mau balik kan...hahaha.. tapi apapun kena back to reality..lepas ni kena hari-hari berangan mana  tau dapat beli sebijik rumah kat sini..hahaha..berangan itu indah!

Sebelum balik, kami singgah pekena Nasi kandaq Deen Maju seround.. gambar tak payah share la kot..hahaha..maka dengan ini tamat sudah satu lagi citer trip i yang tertunggak..Next trip ke mana?? haaa tungguuuu next entri..Bye


You Might Also Like

3 comments

  1. alahai..bestnya tempat ni..:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum farah..lama x singgah kat blog farah..sekali singgah terus cuci mata tempat2 yang canti. Tak sangka cantik sungguh homestay The Light Collection ni..lain kali kalau sedara mara mai boleh laa rekemen. duk lalu hari2 tapi tak tahu..termalu pulakkk akak..hihihi

    BalasPadam
  3. untuk harga itu dan bilik yang ada memang sesuai. bolehla nxt time riki riki hehehe.. dala view lawa memang sesuai sangatla. xyah keluar jalan mana dok je situ ahahha..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook