#TEAWITHHILTON & BB BEAUTY ART DECO WORKSHOP AT DOUBLETREE RESORT BY HILTON PENANG

16:48

Assalamualaikum dan hai...

Pada 19 Ogos yang lepas, i berpeluang untuk join satu lagi event anjuran The Butterfly Project bersama 20 blogger sambil menikmati Afternoon Hi-Tea di DoubleTree  Resort By Hilton Penang..Majlis berlangsung selama 2 jam bermula jam 3.00 ptg - 5.00 ptg..

Apa yang membuatkan i lebih teruja lagi, pada hari tersebut satu aktiviti yang menarik telah disediakan untuk blogger iaitu BB Beauty Art Deco Workshop..Apakah itu? Sebelum pergi, i also no idea about this, apa yang kita kena buat kat sana nanti..serius i blur...Aaahaa tapi rupanya i ni yang kerisauan tak bertempat..actually aktiviti tu sangat enjoy dan fun jer tau..

Memang terbaik la The Butterfly Project..sentiasa ada idea yang fresh dan Ohsem sebegini untuk mengembirakan kami..selama i dok join event anjuran The Butterfly Project belum lagi ada yang membosankan.. semuanya best dan i juga sentiasa mendapat pengalaman yang baru bersama mereka..thumbs up Mamasan Tammy and the team!!! Keep it up the good work for our blogger community ya...


Okay this is my OOTD pada hari kejadian..tema Hi-tea Dress..so kena la follow yer dak..so color putih dan pastel menjadi pilihan i.. sampai jer terus pose ala-ala diva gitu..heee..


Bersama-sama blogger lain yang turut serta dalam event ni..mostly semua dah sedia kenal pun..


AFTERNOON HI-TEA DI AXIS LOUNGE, DOUBLE TREE HILTON PENANG

Bertempat di Axis Lounge yang berkonsepkan open air dining, kami dihidangkan dengan set Hi-tea dengan tema yang sangat menarik...bermula dari table arrangement sampai la ke hidangan yang disediakan memang sangat menarik dan sangat sesuai untuk yang mereka inginkan suasana santai tetapi masih mempunyai kelasnya yang tersendiri..

HI-TEA MENU:-

~ Earl Greyand White Chocolate Mousse
~ Royal Milk Tea Epuma In Shooter Glass
~ Jasmine Scone
~ Gree Tea Macaroon
~ Grilled Smoke Tea Chicken Breast In Green Tea Sandwich Bread
~ Seared Fried Shrimp On Green Tea Bread
~ Tea Flavoured Chicken Quiche


Untuk tea, terdapat banyak flavour yang best  yang boleh dicuba..dan for me i suka Rose Tea with French Vanilla..wangiii jer bau vanilla..i like!

HARGA
RM64 / 2 pax

MASA
Dibuka setiap hari bermula jam 10.00am-12am


VENUE
Axis Lounge
Double Tree Hilton Penang, Batu Ferringhi
56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Contact: 04-892 8000




I dah mencuba setiap satu hidangan yang disediakan..semuanya lazat dan menepati citarasa..





Ini lah antara flavour yang ada..semua teh mempunyai aroma istimewanya yang tersendiri..jadi sila jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemuanya ya..pasti tidak akan mengecewakan..trust me! 😉



AKTIVITI DECO PETAL VELVET POWDER FROM ALTHEA KOREA

Seterusnya semua blogger diminta untuk memulakan aktiviti deco Petal Velvet Powder dari Althea Korea..Aktiviti dimulakan dengan pemilihan 10 jenis candy pin yang cute ni..boleh pilih ikut citarasa kita nak deco macam mana dengan menggunakan Stimulation Cream bersama acuan yang telah tersedia..





Sambil decor sambil menikmati hi tea yang sangat lazat..




Plan nak deco begini..nanti tengok kejadian akhirnya macam mana okay..



Apabila tangan yang tak berapa nak berseni yang buat..maka begini la hasil yang terjadi..maklum la i kek pun tak pernah buat..so tangan kayu la sikit sementara nak pro..


Lain yang i imagine nak buat, tapi lain pulak yang terhasil kekdahnya..




Tapi dari kejauhan nampak macam menarik dan cantik jugak kannn..hehehe i rasa dah serupa cupcake ter-overload.. but okay la my 1st trial kot tekan acaun tu..(sejukkan hati diri sendiri) heheheh



Dalam masih dok bergelak-ketawa melihat hasil deco sahabat blogger yang lain, rupanya sudah sampai ke penghujung acara..sobss...cepat betul masa berlalu..tak puas lagi rasa nak bersantai lama-lama dengan semua sahabat blogger..Next time, i harap sangat The Butterfly Projek akan dapat arrange lebih banyak lagi aktiviti sebegini untuk blogger di kawasan utara..sebab aktiviti sebegini actually bagus sebagai terapi stress dan reward diri juga..sebab apa saja yang melibatkan kecantikan pastinya akan mengembirakan kita kan..setuju tak..but overall i m happy dan enjoy sangat dapat join aktiviti ni..


 

Last but not least, terima kasih kepada The Butterfly Project & Team, Althea Korea dan DoubleTree Resort by Hilton Penang atas jemputan dan goodies bag yang bernilai RM200..i really love it!! Soon i nak bawak family i datang holiday dekat sini..sebab tengok macam best jer..heeee

Untuk maklumat selanjutnya layari:-

The Butterfly Project


DoubleTree Resort by Hilton Penang
Alamat : 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang, Malaysia
Instagram: @doubletreepg


Althea Korea
Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea


You Might Also Like

1 comments

  1. Sedap pulak tengok semua makanan tu. Penah merasa duduk DoubleTree ni masa dia Hydro Hotel dulu.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook