BISKUT PINPIN - 'DALAM BISKUT ADA MAINAN'!

15:28

Assalamualaikum dan Haiiii..

Sebut saja nama Upin dan Ipin, automatik kita akan teringatkan 2 karakter animasi popular negara.

Upin dan Ipin sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada tarikan Malaysia dan sebagai rakyatnya, kita seharusnya berbangga kerana produk ini bukan sahaja berjaya mencipta nama di dalam negara bahkan turut dikenali di beberapa negara luar. Ini satu pencapaian yang mengagumkan!

Seiring dengan perkembangan positif itu, pihak Upin dan Ipin tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan produk terbaru terutamanya produk berasaskan makanan ringan yang boleh dinikmati segenap peringkat usia.

Maka dengan itu lahirlah Biskut PinPin!


 tengok tu! Emir dah tak sabar nak buka kotak 'suprise'!

pelbagai pilihan Biskut PinPin yang 'menggoda' selera!
Biskut PinPin ini lain daripada biskut-biskut sedia ada di pasaran. 

Pertama, kerana ia didatangkan dengan enam pilihan perisa berbeza. Antaranya:

  • Biskut berperisa mentega
  • Biskut coklat
  • Wafer dengan isian coklat
  • Wafer dengan isian vanila
  • Snek jagung dengan isian strawberi
  • Snek jagung dengan isian coklat

Semua perisa ini sedap-sedap belaka! i dah rasa semuanya dan memang tak cukup kalau makan sekotak!

Tambah menyedapkan lagi Biskut PinPin ini adalah, ianya HALAL dan semestinya telah mendapat pengiktirafan daripada Halal Malaysia. jadi, soal ragu-ragu memang tak ada, okey!

kemain excited Emir bila dapat Biskut PinPin!

rambang mata! tak tahu nak makan yang mana satu!

dah lah biskutnya sedap, dapat pula mainan percuma. tak cukup lagi, dapat 'ilmu percuma' juga! hanya ada pada Biskut PinPin sahaja ya.

Kedua, selain biskut, snek dan wafer yang sedap, rangup dan lazat, keistimewaan Biskut PinPin ini juga terletak pada mainan percuma! 

Ya, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, mak cik pak cik.... kalau beli Biskut PinPin ini, u all akan dapat mainan percuma iaitu Block!

Block akan dibekalkan pada setiap kotak dan ia didatangkan dalam bentuk berbeza. Untuk mengetahui bagaimana Block ini boleh berfungsi dan dicantumkan, di belakang setiap kotak Biskut PinPin ada disertakan arahannya. jadi follow sahajalah arahan diberi ya!

Selain dapat makan biskut yang sedap dan mainan percuma, Biskut PinPin turut menyertakan aktiviti minda seperti teka silang kata, jawab sifir dan lain-lain. Semua ini boleh diperoleh di belakang kotak Biskut PinPin. Pendek kata, sambil makan pun boleh tambah ilmu...

favorite  i... Snek jagung dengan filling strawbery. nyum! nyum!

sorry mama! Biskut PinPin tinggal yang ni je untuk mama... yang lain dah masuk perut Emir! hahaha

yahoo! permainan Emir dah bertambah! terima kasih Biskut PinPin sebab kasi mainan percuma!

Jadi, kat mana kami boleh dapatkan Biskut PinPin ni?

Hah... tu bukan masalah besar. Korang boleh dapatkan Biskut PinPin ini di:

  • Mydin
  • BHP Petrol
  • 7 Eleven
  • KK Mart, dan banyak lagi..

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan sekotak Biskut PinPin! Betul, betul, betul!

nak Biskut PinPin dan mainan percuma? jom terjah ke sini!



Untuk maklumat lanjut, sila lawati:



You Might Also Like

8 comments

  1. duk cari juugak tapi takjumpa jumpa lagi

    BalasPadam
  2. amboi.. bestnya emir dapat biskut pinpin..:)

    BalasPadam
  3. bestnya.. nampak emir keriangan... suka betul dia...

    BalasPadam
  4. ada produk baru ye. kalau anak-anak nampak ni comfirm memasing nak.

    BalasPadam
  5. wah!selain dapat biskut dapat juga mainan...:)

    BalasPadam
  6. Sesekali raikan kegembiraan anak... Kalau selalu mau botak kepala mak nak.. Haha

    BalasPadam
  7. tak ada jumpa biskut dekat pasaraya..rupanya hanya jual di kedai2 terpilih hahaha

    BalasPadam
  8. Lama dah tengok ada biskut ni dekat mydin..menyesal betul lah tak beli.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook