REVIEW ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK BY ALTHEA KOREA

11:51


Assalamualaikum dan Hiii semua...

Hari ni i nak share satu lagi produk terbaharu daripada Althea Korea yang sangat best iaitu MILK PEEL CREAM MASK! Apa yang menariknya tentang mask ni..ha meh sini nak bagi tahu..

Untuk info, kandungan seperti Ekstrak Protien Susu, AHA & BHA dan Koalin yang terkandung di dalam Milk Peel Cream Mask ni dapat membantu untuk membuang sel-sel kulit mati dan sekaligus dapat menjadikan kulit lebih sihat dan lembab. Ini kerana gabungan kandungan tersebut mempunyai fungsi yang sangat bagus dan ia dapat bertindak sampai ke lapisan paling dalam kulit kita..sebab itu la dengan penggunaan kali pertama pun kita dan boleh rasa kehebatan produk terbaharu daripada ALTHEA ni..cream mask ni juga boleh digunakan pada setiap hari yer..

Seriously, i memang dah jatuh love dengan semua produk keluaran Althea Korea ni terutamanya masker muka kerana ia memang menepati kriteria yang i nak iaitu mudah dan cepat! Yang paling penting sekali, cara nak apply cream mask ni pun tersangat la mudah dengan 3 langkah seperti berikut:-




CARA MENGGUNAKAN MILK PEEL CREAM MASK
  • Ratakan Milk Peel Cream Mask ke seluruh kulit wajah
  • Biarkan selama 30sec
  • Bilas dengan air yang bersih


pakai cream mask ni ada effect geli-geli sikit..hehehe..sebab masker ni akan hasilkan buih yang berfungsi untuk meresapkan ke dalam liang kulit

u all must try cream mask ni sebab memang best sangat-sangat 


Dan yang penting harga Milk Peel Cream Mask ni sangatlah berbaloi dan mampu beli...Hanya RM36.00 sahaja tapi kualiti terbaik!

You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook