REVIEW ALTHEA KOREA MAKE-UP BOX!

23:39

Assalamualaikum dan Hai...
Keterujaan yang lepas pun belum habis, kali ni sampai satu lagi kotak pink daripada ALTHEA KOREA yang dipenuhi dengan banyakkkkkk sangat barangan make up...Yayy suka!!! Okay tanpa membuang masa jom kita tengok apa isi kandungan make up box pada kali ini..



💞Bunga Citra Lestari X Althea Eyeshadow Palette (Celebrity Collaboration) @ 8 shades

Sekali lagi Althea telah berkolaborasi bersama artis dari negara seberang iaitu BCL dan terhasil la 8 shades eye pallete yang sangat menarik..Kesemua 8 shades ini sangat sesuai digayakan dalam semua acara samada siang atau malam.. 

Apa yang menariknya lagi, terdapat 2 color yang mempunyai shimmer dan glitter bagi menyerlahkan lagi effect glam kepada si pemakai..teksturnya juga lembut dan halus..Jujur i katakan bahawa kualiti eye palette ini adalah setanding dengan jenama terkenal yang sedia ada tapi dengan harga yang mampu milik...

HARGA : RM140.00 (<--Click link untuk pembelian)



💞SSSkin Relief Spot Film Gel 15ml to cover acne/spots before makeup!

Skin Relief Spot Film Gel 15ml ini sangat penting dan amat disyorkan untuk apply sebelum make up yer.. kerana ia dapat membantu menutup cela pada kulit wajah sekaligus dapat membuatkan make up kita menjadi lebih cantik..

HARGA :- RM19.00 (<--Click link untuk pembelian)



💞WWatercolor Cream Tint 4.5ml @ 4 shades

Sekarang ni i lebih selesa apply lip tint..sebab tekstur dia ringan dan tak terasa seperti memakai lipstik.. lagi satu ianya juga tahan lama walaupun dah pakai beberapa jam warna still on point..

Terdapat 4 warna menarik yang sesuai untuk semua jenis warna kulit iaitu:-
  • 01 Plum Cream
  • 02 Strawberry Cream
  • 03 Peach Cream
  • 04 Marron Cream
HARGA: RM20.00/each color (<--Click link untuk pembelian)




💞Althea Flawless Creamy Concealer 6gm

Sebelum ni i tak pernah gunakan concealer untuk rapikan make up..sebab i pernah guna satu concealer ni, tapi tak best langsung..rasa melekit dan sangat merimaskan..

Tapiiiiiii, persepsi i berubah selepas mencuba concealer daripada Althea ni..bestnya gila rupanya yer.. hahaha..noob sangat kan.. sebelum ni, i lukis kening cincai-cincai ja.. selalu la kena kutuk dengan adik-beradik i kening i tak terurus.. tapi sekarang tidak lagi okay... dah terletak cantik dah kening i sejak tahu bermain dengan concealer ni..heee love!

Terdapat 4 jenis pilihan warna iaitu:-
  • 01 Vanilla (Pink beige # 21)
  • 02 Ginger (warm ivory #21 shade for natural coverage)
  • 03 Honey (warm peach shade to suit skin tones between #23-#25)
  • 04 Mocha (deeper yellow -based shade best suited for over #30)

HARGA : RM15.00/each (<--Click link untuk pembelian)



💞Spotlight Eye Glitter 4.5ml @ 2 shades 

First time jugak i try produk ni, selalu dok tengok mua-mua femes jer dok pakai.. kali ini i pulak berpeluang untuk mencuba..Eh tiber rasa diri cantik la pulak..hahaha sebab effect glitter tu membuatkan mata i nampak lebih galaksss persis orang arab gituu..hehehe..

Spotlight Eye Glitter didatangkan dalam 2 warna menarik iaitu:

  • 01 Gold Light
  • 02 Pink Light

HARGA : RM24.00/each (<--Click link untuk pembelian)




TUTORIAL SIMPLE MAKE-UP BY FARAH FERRA...LAYANSSSSS!

i ni tak la pandai make up sangat..setakat nak conteng-conteng bagi muka tu ada warna sikit boleh la..hahaha


TADAAAAAAA!! ini lah make up look apa tak tau selepas i menggunakan kesemua produk yang ada di dalam kotak pink ALTHEA KOREA pada kali ni..Haa...apa macam? kira onz ja la na..heeeee

Thank you Althea Korea! Thank you The Butterfly Project!
Muahhhhhh!


For more details:-

Facebook : 


Website : 


Instagram : 

You Might Also Like

1 comments

  1. You're look stunning! Keep it up love.💖

    x, 멜 (Mell)😘 from Althea

    BalasPadam