BERCUTI SAKAN DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION HAKUNA MATTA-TA DEALS

21:22

BERCUTI SAKAN DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION HAKUNA MATTA-TA DEALS



Bagi yang bekerja, peluang bercuti dan beristirahat bersama keluarga tersayang merupakan satu perkara yang tidak boleh dilepaskan. Tetapi untuk 'menguruskan sebuah percutian' ia bukan semudah yang dikata. Banyak perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Disebabkan itulah, bagi rakyat Malaysia, MATTA Fair merupakan satu pilihan terbaik untuk merencana percutian. Penjimatan, voucher hotel dan lain-lain amat diperlukan lebih-lebih lagi mereka yang amat menitik beratkan bajet.

Namun, kita harus akur bukan semua ada rezeki untuk memperoleh voucher percuma, penjimatan hebat dan sebagainya. Tetapi dengan aplikasi TRAVELOKA, semua orang ada rezeki untuk memperolehnya! 

Kenapa Pilih Traveloka?

Jawapannya mudah sebab Traveloka adalah satu-satunya aplikasi yang bersifat honest pricing. Senang cerita, semua harga dan tawaran yang dipaparkan adalah harga sebenar (harga bersih) tanpa ada sebarang cas tersembunyi / tambahan. Mungkin ada yang merungut dengan mengatakan harga yang Traveloka tawarkan mahal / tinggi! Ops! Nanti dulu. Di aplikasi lain kebanyakannya mereka belum memasukkan cas, cukai dan sebagainya. Sebab itulah harganya rendah atau murah dari aplikasi Traveloka.

Selain itu, Traveloka juga sering menawarkan promosi kod voucer kepada para pelanggannya. Jadi apabila pelanggan membuat sebarang tempahan menerusi atas talian, maka kod voucher tersebut boleh ditebus dan sekaligus mereka akan dapat berjimat. Berbaloi-baloi!

Satu lagi kelebihan yang ada (ditawarkan) dalam aplikasi Traveloka ini adalah, mereka turut menyertakan features untuk tempahan hotel termasuklah penerbangan (booking flight). Yang terbaru, saya dapati mereka telah menyediakan perkhidmatan seperti tempahan tiket bas, kereta api, sewa kereta, tiket wayang dan macam-macam lagi. Hmm... mana nak dapat kat aplikasi lain!


Traveloka juga ada menawarkan tiket-tiket ke tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti taman-taman tema mengikut negara yang ingin dilawati. Dan semestinya lebih jimat dari hasil pemerhatian saya dengan beberapa aplikasi yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Boleh lihat di Tarikan dan aktiviti.

Namun dalam banyak-banyak features ini saya dapati ramai pelanggan Traveloka lebih suka menempah hotel dan penerbangan sekaligus. Ini suatu yang mudah lagi bijak, kan?

Oh, ya! Lagi satu yang saya suka dengan aplikasi Traveloka ini adalah diskaun dan harganya sentiasa updated atau dikemaskini. Dengan ini para pengguna akan dapat membuat sebarang tempahan pada harga terbaik selari dengan bajet yang dikeluarkan. Jadi, tak usahlah ragu-ragu dengan Traveloka sebab ia bukan sahaja convenience malah paling penting, sangat menjimatkan!

Bagaimana Saya Boleh Berjimat Dengan Traveloka?

Saya dan keluarga boleh dikatakan saban tahun akan bercuti baik dalam mahupun luar negara. Satu perkara yang saya perasan, apabila bercuti ketika musim cuti sekolah berlangsung, harga hotel, tiket penerbangan dan sebagainya akan jadi lebih mahal daripada kebiasaan. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut, sudah semestinya saya memilih Traveloka untuk penjimatan.

Traveloka Saleabration - Hakuna Matta-Ta Deals


Untuk bercuti, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah kewangan. Jadi semestinya apabila mengambil keputusan untuk bercuti, kita akan cari jalan untuk berjimat sebaik mungkin.

Ya, tidak dinafikan MATTA Fair bagaikan satu lubuk penjimatan bagi mereka yang gemar bercuti. Tetapi kali ini, saya dan anda ada pilihan yang lagi best selain MATTA Fair iaitu Traveloka Saleabration!

Ya, Traveloka Saleabration kali ini akan hadir dengan pelbagai tawaran harga yang sangat-sangat menarik! Lebih menerujakan tawaran diskaunnya hampir sama dengan diskaun di MATTA Fair Promo! Yahoo!

Ya, saya akui saya selalu tertunggu-tunggu bilalah MATTA Fair 2019 akan berlangsung. Tetapi dengan adanya Traveloka Saleabration ini, saya boleh memulakan survey untuk dapatkan promosi harga jimat.

Eh, asyik sebut fasal Traveloka Saleabration je... jadi bila ia akan berlangsung?

11 Mac 2019

11 Mac 2019

11 Mac 2019

Sila tanda pada kalendar anda sekarang juga! Ya Traveloka Saleabration akan menghantui anda tidak lama lagi. Dah bersedia ke untuk rebut peluang keemasan ini?



Hakuna Matta-Ta Deals adalah tagline untuk Traveloka Saleabration kali ini. Ia adalah gabungan perkataan hakuna matata dan MATTA Fair. Saya berani janji yang kali ini anda tentu tidak akan risau (hakuna matata) kerana tawaran yang disediakan ini pasti menjimatkan sama seperti promosi dan diskaun yang anda peroleh dari MATTA Fair.

Jadi, saya bersedia untuk bercuti tahun ni. Ke mana destinasinya? Tunggu....


Sekali lagi saya ingatkan, jangan lupa terjah aplikasi Traveloka pada 11 Mac 2019 nanti. Kalau tak buka nanti melepaslah pula tawaran-tawaran menarik yang disediakan. Jangan lupa ya!

Untuk sebarang tempahan atau ingin dapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web berikut: https://www.traveloka.com/en-my/promotion/saleabration

Ish... tiba-tiba tak sabarlah pula nak bercuti ni!


You Might Also Like

2 comments

  1. assalamualaikum.. salam kenal.. 1st time dtg sini sis terus follow. best baca info mcm ni

    BalasPadam

Like me on Facebook