Weekend Gateway | Bercuti ke Grand Orient Hotel Penang

09:30

Assalamualaikum dan Hi,

Grand Orient Hotel 


Okay meh nak sambung lagi story percutian yang masih tertunggak...kali nie i nak share tentang percutian hujung minggu kami sekeluarga ke Grand Orient Hotel Perai..actually semasa i datang ke sini, tempat ni baru dibuka sangat-sangat..waktu tu hanya in house guest jer yang boleh enter ke dalam waterpark dan tiada bayaran yang dikenakan lagi...ulimited access pulak tu..memang puas hati la kekdahnya..

tapi dengarnya sekarang, orang yang tak menginap pun dah boleh masuk ke sini dengan caj sebanyak RM28.00 untuk dewasa manakala RM20.00 untuk kanak-kanak. In house guest pun kena bayar yer..bukan free..






Cafeteria

Selain itu, hotel ni juga ada cafeteria dengan dekorasi yang bertemakan nature..sangat selesa dan bersih.. menu agak terhad lagi masa kami pi.. maybe masih baru lagi pada masa tu.. tapi okay la not bad jugak menu yang tersedia..harga pun berpatutan..








Bilik Penginapan

Fyi, ruang bilik hotel ni sangat lah kecil walaupun katil bersaiz king..ruang toilet pun saiz kecik , wardrobe berkonsep open..dan ruang nak solat pun amat terhad...pendek kata konsep hotel ni more to bajet hotel tapi disebabkan ada waterpark so jadi wowwww la sikit..tapi still worth it la bagi i sebab harga bilik masih affordable..range price around RM120+ per night..



Grand Orient Hotel Waterpark

Main reason kenapa i pilih untuk menginap dekat sini ialah kerana ada waterpark! walaupun waterpark tu tak lah besar sangat pun tapi tetap menarik dan anak-anak seronok bermain gelungsor air..plus lokasi hotel ni tak jauh sangat dari rumah i..so bagi i sangat berbaloi la datang menginap dekat sini..




   















Overall i recommended jugak la hotel ni kalau u all nak penginapan yang ada waterpark dengan harga yang berpatutan..

Okay next entri i sambung story pasal travel lagi na.. banyak lagi trip yang tertunggak kekdahnya..doakan i dapat update konsisten macam dulu-dulu..hahaha..Bye!


You Might Also Like

1 comments