PERCUTIAN MUSIM SEJUK KE EUROPE | PART 2 ~ PARIS

11:10

Assalamualaikum dan Hi...




Perjalanan dari London ke Paris kami naik high speed train Eurostar..tempoh masa diambil lebih kurang 2jam15minit jer untuk sampai di station Paris Gare Du Nord..harga tiket 45£/pax.. untuk tiket train ni i beli online masa kat Malaysia lagi..kalau nak jimat, i suggest beli tiket awal..sebab konsep dia lebih kurang sama macam flight jugak la.. makin dekat dengan date kita nak travel makin mahal..i ada semak harga tiket train beberapa hari before fly, harga dah naik sampai RM800-RM1000/pax yer..

Fyi, train Eurostar ni akan melalui terowong dalam laut tau..hehehe..masa keadaan kat luar train dah gelap gelita, means kita dah ada kat dalam terowong dalam laut tu la yer..heee..dengar macam scary kan..tapi okay jer..tak rasa macam ada kat dalam laut pun..


So kat mana nak beli online tiket Eurostar ni?? Boleh beli kat website depa..https://www.eurostar.com/uk-en
Selain Paris..ada jugak route ke Amsterdam dan Belgium dari London..so boleh pilih negara mana yang kita nak pi..macam kami memang pilih Paris la..sebab tak ambik masa yang lama..so sempat la kami tour di Paris..


Penginapan di Paris kami booking Hotel KUNTZ through TRAVELOKA..harga semalam RM306.05 untuk bilik berdua..I booking 2 bilik..so total after tolak voucher discount RM80 jadi RM532.09 sahaja..ini pun i booking awal jugak..kami pilih hotel ni sebab location dia paling dekat dengan train station dan boleh berjalan kaki je ke hotel..tapi make sure ada line internet yer..supaya senang nak google maps..tak dak la cuak or tersesat kat negara orang tambahan Paris ni memang terkenal dengan aktiviti scam paling champion! Eh ni serius ni tau..internet memang sangat-sangat penting..jangan terlalu berharap kepada free wifi..sebab tak semua tempat ada free wifi..




Sebelum start tour kami isi perut dulu dekat restoran kebab Orient Express..portion besar dan memang kenyang...harga sorry lupa dah..tapi harga stardard jer la..sejuk-sejuk ni kerap lapar..tapi mujur kami bawak siap jajan habuan kudap-kudap..kalau tak mau menggigil kelaparan kot..hehehe..




Memandangkan kami di Paris cuma 2H1M, so the best option untuk memaksimakan masa yang kami ada supaya dapat cover tour ke tempat-tempat menarik di Paris kami pilih 1-Day tour by BigBus HOHO..harga 118.80€ utk 4pax...konsep bas sama macam HOHO kat tempat kita jugak..setiap tempat attraction yang dia stop kita boleh turun then untuk ke next attraction kena naik semula bas ni..so memang mudah dan menjimatkan masa kita..i memang highly recomended bus HOHO kat Paris kalau u all tak plan nak stay lama kat sini..











Last route bas ni akan stop di Eiffel Tower.. so dari sini kami turun terus...tak follow bas lagi dah..sebab kami nak lepak lama sikit kat sini sambil menikmati keindahan Eiffel Tower! kami dok kat sini sampai malam..so dapat la tengok Eiffel Tower yang bercahaya dan bergemerlapan dengan cahaya lampu..Sumpah cantik! ni kalau mai dengan Edy baru boleh fefeeling lebih sikit yer dak..tak per one fine day..jika ada rezeki pasti akan repeat datang sini dengan Edy dan Emir pula..InsyaAllah...









Selesai aktiviti kat sini kami ambik teksi ke Galeries Lafayette Mall..adik I, Nurul dah tak sabar nak shopping..ni antara mall yang best kalau nak shopping barang-barang branded..harga memang murah banyakkkkk dari Malaysia la..itu dah pasti..mulanya i just nak teman Nurul jer..last-last terjebak sama..terbeli handbag seketul..hahahah..tapi tak beli Channel ka..Gucci ka.. i mampu beli KENZO jer.. tu pun dah happy sangat..handbag yang i beli tu kat Malaysia harga RM3k+.. tapi kat sini harga around RM1k sahaja..tu pun belum tolak VAT lagi na..haishhh patut la ramai orang kita suka shopping kat sini yer...

Selain handbag, pakaian branded kat sini pun sale banyak gila..semua main lunggok-lunggok macam tu ja..padahal kat tempat kita harga sampai 3-4 ratus sehelai..hehehe..so haruslah i membeli jugak utk Edy..serius kalau datang sini bawak duit berkepuk-kepuk pun tak cukup uiiii! 























Dah puas shopping kami ambil taxi balik ke hotel..seharian berjalan nak kena rest secukupnya jugak..sebab esok awal pagi nak kena naik train lagi ke destinasi kami yang seterusnya iaitu ke Switzerland! Harga tambang taxi i lupa dah berapa..tapi rasanya around RM200 jugak tak silap..maybe caj lebih sebab dah malam sama la kot..tapi alhamdulillah la sepanjang 1-Day tour kat Paris, kami selamat dari sebarang aktiviti scam yang ramai orang dok kata tu..kalau tanya i apa tips..i rasa buat hal sendiri jer..jangan berpecah dan jangan jadi terlebih ramah dengan orang yang tak kenal..kami ada jugak situasi ada orang tiba-tiba datang nak beramah mesra..tapi bila tengok makin pelik cepat-cepat cut the conversation dan blah dari situ.. 


Fyi, masa nak ke Switzerland ada satu mistake yang kami terlepas pandang hingga membuatkan kami terlepas train nak ke Luzern, Switzerland..memang cuak gila pada masa tu..rasa luruh jantung bila tengok train yang patut kami naik berlalu pergi kat depan mata..terkedu tak terkata apa-apa..saling berpandangan sesama sendiri ja..dok terbayang duit yang bakal lebur untuk beli tiket baru yang sudah pasti harganya tak murah! Otak ligat fikir nak teruskan jugak ke plan Switzerland if nak kena beli tiket baru..so yang ni nanti i sambung story kat next entri na apa pilihan yang kami buat..Bye!

You Might Also Like

2 comments

  1. Eiffel Tower tu daya tarikan. Sebelum ni.. Mana kawan-kawan yang pergi sana.. Mereka balik bawa key chain Eiffel Tower tu.. Gembiranya bukan main.. Hehehe.

    BalasPadam
  2. weiiiiiiiiii awat ungkit balik cerita ni???????? 😫😫😫😫😫😫😫😫😫😫😫😫😫 tpppppp.... muka byk senyum bc entry ni😅😅😅😅😅😅

    BalasPadam