RAIKAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA DENGAN MENIKMATI SAJIAN MAKAN MALAM DI THE LIGHT HOTEL PENANG | KHAZANAH SAJIAN NUSANTARA - FEATURING OVER 100 VARIETIES OF MALAYSIAN FAVOURITE DISHES!

10:46

Assalamualaikum dan Hi...


Tak lama lagi kita nak sambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos, selepas tu Hari Malaysia pula pada 16 September.. so pasti ramai yang tercari-cari tempat yang best untuk meraikan hari yang penuh bermakna bagi negara kita bersama orang yang tersayang betul tak.. 

So apa kata u all ke The Light Hotel Penang kerana mereka ada menyediakan hidangan makan malam istimewa yang bertemakan Khazanah Sajian Nusantara di mana terdapat lebih 100 sajian menu yang sememangnya menjadi favourite rakyat Malaysia!


Kambing Panggang Perwira- Pic credit to Lia Hasty





Mari i kongsikan antara menu yang disediakan oleh mereka..sila jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan utama seperti Nasi Beriyani Ayam Wawasan, Nasi Daging Murni, Nasi Kerabu Sehati, Nasi Kabuli Sejiwa, Nasi Daging Sejati, Nasi Ayam Melaka Gemilang, Shawarma Daging Pujangga, Kambing Panggang Perwira, Kari Kepala Ikan Semangat Jati, Itik Panggang Tuah, Asam Pedas Pari Harmoni, Sampai Sotong Petai Makmur, Ayam Masak Lemak Warisan dan banyakkkk lagiii!!!!

Semua hidangan ini mempunyai nama yang unik dan sangat patriotik bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dan ianya sangat bertepatan dengan tema #Sayangi Malaysiaku: #Malaysia Bersih (Love Malaysia: A Clean Malaysia) thumb up! 


























Fyi, semua hidangan yang disajikan sememangnya lazat dan sangat menepati citarasa i..trust me yea..sebab i dah cuba dan yang paling i tak bole move on adalah menu kari kepala ikan, char keoy teow, dan tosei! sampai sekarang dok teringat lagi...sedap ya amat!!

Selain menu utama, u all jugak kena cuba sajian pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka Putra Putri, Serawa Durian Dirgahayu, Aneka Kuih Melayu Jalur Gemilang dan banyak lagi..Oh ya teh tarik ais cincau pun ada yer..memang terbaik!















 

















Promosi buffet ini bermula dari 1 Ogos - 30 September 2019  (Ahad-Khamis), 6.30pm- 10.00am bertempat di Spice Brasserie..kalau u all nak jimat pi cepat-cepat grab Early Bird voucher dengan harga RM80 Nett!(Original price RM116 Nett-Adult) dan RM60 Nett untuk Children & Senior Citizeen)..bagi i harga buffet ni sangat berpatutan...seriusss memang berbaloi dengan menu yang disajikan..5 star taste!

Tungguuuu i ada berita baik nak bagi tahu.. khas buat 'Merdeka Babies' anda berpeluang untuk Dine-For-Free-Buffet apabila anda membayar untuk 2 orang pada 25-29 Ogos ini...Wow menarik bukan! untung la sapa yang lahir bulan ni kan..dapat makan free sempena birthday...so sangat la rugi kalau tak grab promo istimewa daripada The Light Hotel Penang ni..

Nak best lagi..boleh grab jugak promo Stay & Dine Package mereka..harga 2D1N bermula dari RM300+ (single)..complimentary Buffet Breakfast dan Khazanah Sajian Nusantara Buffet Dinner..so apa tunggu lagi, pi cepat booking tau..
  


For more info:-
Tel: +604 382 1111
Email : info@thelighthotelpg.com


You Might Also Like

3 comments

  1. menu nmpk sedap semuaaaaaa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan

    saya sudah follow blog anda #1032

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam
  3. So many dishes - how to choose? Most importantly, your outfit is gorgeous! ;)

    BalasPadam