Sepetang di Kellie's Castle
08:00After check-out dari Hotel Lost World Of Tambun kami menuju ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah. 1st time tau i datang sini.. namanya jer bapak orang Perak..tapi Negeri Perak tak habis pusing pun lagi sebenarnya yopp..huhuhu
SejarahBangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
|
My Dear & Emir di ruang tamu istana tersebut yang telah telah diubahsuai..nampak sangat klasik okeyyy.. |
Suasana dari pandangan hadapan istana yang dilihat dari pandangan atas istana ini...Indah bukan?? =D
|
Yang nie pulak suasana belakang istana.. tak silap i taman istana la kot..tapi memang luas dan cantik.. =D |
Masih lagi kat ruang atas istana...=D |
Next ~ Perbualan yang membawa kami ke destinasi seterusnya..
Abg Zul : Edy jom kita naik pekena teh tarik nak?? tak jauh dah nie...lebih kurang sejam lagi boleh sampai sana dah...
Edy : Eh boleh jer Abd Zul.. Tapi tido sana ka balik??
Abg Zul : Kita naik dulu.. tengok keadaan macam mana nanti..
Edy & Azreen : Okey kami on jer..
*Para2 isteri follow jer..hehehe. =D
Makanya terjadi la percutian yang tak dirancang pun..Kemanakah destinasi kami semua.. tunggu next entri na...hehehe
*Updated:
Opening Hours : 9.00am – 6.00pm
Admission Fee :
* RM 6
* FREE (child aged six and below)

30 comments
wahh dh ada ruang tamu tuuu.,ehhHHE
BalasPadamTertarik untuk pegi jugak... nk tanya, brape harga tiket nak masuk situ? Ke FOC je? huhu
BalasPadamjeles bila tgk org mai tmpt ni especially dgn gambar2 cantik mcm farah.. haritu masa pi ipoh ingat nk singgah sini.. end up husband ajak pi cameron plak.. huwaaaa frust giler..
BalasPadamInshaAllah nxt time nak pi jugak.. nak paksa Nizam mai sini hehe
saya dah pergi sekitar 3 tahun yang lepas.elok pergi time cuaca redup
BalasPadamAkak tiap2 bulan lalu kat sini balik ke Bota Kiri tapi tak pernahnya tersinggah...suami akak malas nak layan.
BalasPadamsyoknya g bercuti..:)
BalasPadamMacam best je jelajah ke Istana tu.. Kalau berpeluang ke Perak, nak pergi juga lah..Nice sharing..
BalasPadamakak pernah lalu di situ dan bergambar di depan saja.. tak pernah pula masuk ke dalamnya.. seram kalau lalu pada waktu malam..
BalasPadambest juga kn kak farah..rm6 je pn...kak farah nk tny akak pki lg x mary kay?so far ok x cleanser die?
BalasPadambes nyer tempat ni kak.. ^_^ rasa nya time kak pegi tu hantu nya xda sebab selalu kalo ada budak kecik yg nmpak dulu. tgk emir relax ja tu mkna nya xda la kot ^_^ teringin gak nak menjejakkan kaki kat kat sana ^_^
BalasPadamCantik2 view kat KC ni yer. Tak pernah sampai sana lagi.
BalasPadamcantiknya pemandangan kat situ kan farah.
BalasPadamhubby penah cakap nak singgah kellie's castle ni..tapi tak sempat lagi menyinggah..hehe..Insha Allah nanti pi utara leh singgah..
BalasPadamharitu ada kenduri dekat2 dengan sini...tapi tak dapat singgah sebab bawak orang dan masing2 dah penat...insya Allah, satu hari nanti sampai la...
BalasPadamteringin nak pegi istana tu..
BalasPadamkenit tak pernah lagi jejak kaki kat situ huhu
BalasPadamLama dah tak singgah castle nih. Nama ja duduk ipoh. Huhuhu...best jugak kadang2 lawat tmpt2 sejarah mcm nih.
BalasPadamOk, thanks info, nanti ada masa nak g melawat gak
BalasPadamakk. sbgai org yg duk perak. eka tak penah lagi masuk dalam castle ni. Hehehehe. Lalu aje.
BalasPadamCuma dengar2 yg kat sini keras. ada blogger pegi sana, anak dia jumpa ngan anak perempuan kellies. Rambut kerinting n pakai gaun putih.
meremang eka baca masa tu. takuttt
tapi tringin nak gi. kalu dekat dah lama wat photoshoot wedding kt sini.
kak. gi cameron ea? hehehehe
BalasPadamsebab ada keyword, naik. hehehehe
Orang kata tempat ni memang menarik, pemandanganya dan peninggalan sejarahnya...tapi yang tak sedapnya tempat ni juga dikatakan seram jugak..
BalasPadamCantik sgt tempat nih dear....OMG!...Belum pernah pi Tambun...if ke sana pasti nak singgah...cantik sungguh gambarnya...tertarik!
BalasPadammasa belum kawen dulu ada la pi..sejak ada anak tak pi dah..berupah rupa dah gamaknya..
BalasPadamcantik la seni bina building dia kak
BalasPadamharga pun berpatutan rm6 je...mmg berbaloi, blh bawak sefamily jenjln sini
yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)
Tak pernah lagi sampai kat sini.. selalu dengar nama jer tapi tak pernah tau apa yg ada kat situ.. :D
BalasPadamInsyaallah kalau ada rezeki one day akan sampai jugak ke sini :D
tempat bersejarah tu kak farah :D
BalasPadamlagipun berhantu :D
berbaloi jugak harga masoknye.. bangunan pun cantik..
BalasPadamx singgah pun kat sini ari tu...x sempat...
BalasPadamgambar semua nya happening dan cantik!colorful..tapi aida takut sikit datang sini kalau siang pon..terasa ada sesuatu..huhuhu
BalasPadambuat wedding photoshoot mmg cantik sgt kan kt sini........
BalasPadam