#FarahEdy12thWeddingAnniversaryVacation Part III | Ronda-Ronda di Bandaraya Melaka
09:39
Assalamualaikum...
Kita sambung citer lagi ok.. selepas check-out kami terus cari tempat nak makan.. orang kata kalau berkunjung ke Melaka rugi kot kalau tak pekena Asam Pedas.. so mula la google sana..google sini cari info kat mana tempat makan Asam Pedas yang paling best di Melaka...
Dan hasil google-an tersebut membawa kami ke siniii.. Restoran Asam Pedas Selera Kampung!.. Masa kami sampai di sini tak silap dah jam 3.30 ptg dah pun.. tapi orang still ramai gila..kami sampai kena menunggu lebih kurang 5 minit sebelum dapat table.. huhuhu..
Ingatkan berada di carta top-ten carian Google best sangat la makanan kat sini.. tapi rasanya so-so jer..*maybe tak kena dengan selera tekak orang utara nie kot..huhuhu..maaf yer.. bukan kata tak sedap.. sedapppp..tapi kurang kick orang kata..harga ok lah.. total makan untuk 4 orang dalam RM40 sahaja..
Lepas makan terus pusing2 kat sini pulak.. saja bawak anak2 pusing tengok tengok Bandaraya Melaka.. Bergambar kenangan bersama Replica Kapal Terbang kat sini..
Nak pergi tempat lain dah tak sempat..sebab dok kejar masa nak ke Port Dickson pulak..so jenjalan kat sini pun okey la..
Saja suka-suki edit gambar kekononnya kembali ke zaman lalu..agaga..
Bergambar kenangan bersama Replica Keretapi Tanah Melayu S.Lukut 21111...
Ada ke nak tarik keretapi nie.. ingat mainan ke Emir oiiiii..
No caption..layan jer la..
No caption jugak.. tengok jer la..hahaha
Salah satu tarikan di Negeri Melaka nie of coz la beca yg colorful nie kan.. tapi kami tak naik pun hari tue.. harga RM25 utk satu pusingan..rasanya boleh kurang sikit kot kalau kita pandai tawar-menawar..sebelum nie farah dah pernah naik dah..masa tue datang dengan hubs jer..lepas bargain kami dapat dalam RM15 jer untuk satu round...heee..so kena pandai2 la yer..
Irfan bersama replica T-rek..Emir tak nak..takut...Ermmm
Apa nama tempat nie ek??.. sorry tak tahu la namanya..kami main redah jer..tapi tempat nie cantik.. ada ukiran2 batu yg berkisarkan sejarah Negeri Melaka...
Seterusnya ke Kota A'Famosa...
tapi sekejap jer kami kat sini...tak tahan nak dok lama2 kat sini..membahang betul panasnya..Melaka pun panas ek.. sama macam kat Penang jugak la..
Sebelum balik.. singgah di Pahlawan Walk sat.. ingat nak beli la sedikit ole2 kat sini.. tapi anak2 buat hal.. macam2 yang depa nak..sampai nangis2.. so tak lama jugak la kat sini.. tak sempat cover sampai dalam pun..
Just beli topi koboi nie jer untuk anak2...gula melaka pun tak sempat nak beli... berjalan dengan anak2 kecik macamni la.. banyak ragamnya..huhuhu..
Ini sahaja la tempat yang sempat kami singgah semasa di Melaka.. memang tak sempat nak cover semua tempat menarik di Melaka.. tapi tak pe ada rezeki pasti kan kembali lagi yer dak.. =D
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson pulak..yg tue next en3 la farah story yer.. Bye.. >__<
Love,
Farah
26 comments
Suka la Emir dpt topi koboi ngan pistol kayu tu :)
BalasPadamseronoknya
BalasPadamcoconut shake kat sana tak minum ke..??
BalasPadamsalams farah
BalasPadamwahh best jalan2 melaka...:)
Bestnya bila dpt jln2 dgn family kan .... :)
BalasPadamkite org kedah mana mkn asam pedas..mmg tak kena tekak ... cer gulai .... bertmbh2 nasi baq hang
BalasPadamLya baru sekali gi melaka tu pun x puas lgi round2
BalasPadamseronok nyer :)
BalasPadamsakan betul farah berjalan...posing pun meriah
BalasPadameka aritu pon makan kat restoran tu tapi memang kena tekak la hehe sedapp.
BalasPadamBeca x naik pon aritu hehehe
Melaka salah satu destinasi yang paling kak ana suka pergi, best2 kat sini termasuklah asam pedas daging tetelnya :)
BalasPadamtengah mencari juga asam pedas sedap kat melaka. dah fara kata kedai tu..so.n so jer rasanya..batalkan niat nie..hihi
BalasPadammasa 1st p melaka tak jumpa pon yg ketapi tu.. cantik kan bergambar kat situ..
BalasPadamemir jom lawan tembak2.. :)
tak pernah sampai Melaka lagi..
BalasPadamWahh seronok jugak jalan-jalan Melaka..aida pon dah lama tak pergi Melaka..huhuhu..nanti ingat nak pergi jugak la sebab Aqil boleh tengok replica yang besar2 tu..hihih..Tapi kalau cuaca panas memang tak seronok nak jalan kan..terbatas sebab anak2 meragam kan..
BalasPadamsalam singgah petang Farah...bestnya dapat jejalan ke kota bersejarah ni...bnyk tangkap gambar...
BalasPadamsayangnya tak balik melaka,kalau tak boleh jumpa farah dan emir..
BalasPadamfarah.. tiap kali bace cerite orang pergi melake cari asampedas.. fifi teringin tapi tak pernah berkesempatan.. adekah sebab mak tiri orng melake dan selalu buat asam pedas?
BalasPadamcomel emir nak tarik keretapi..
Makanan kat restoran tu memang biasa2 jer... idah dah try dah... next time try Asam Pedas Hajah Mona kat kota laksamana... haaa yg tu baru terangkat... tapi dia buka petang hingga ke awal pagi jer...
BalasPadamlama tak g melaka..:)
BalasPadamwahh..bukan main lg emir tu..comel..hihihi..rm15 kire murah la farah beca tu..ila penah kene spi 40..nk pitam rase..xtau pun leh nego lg..
BalasPadamsaya pun kalau ke sini memang tak tahu nak kemana
BalasPadambanyak juga tempat dapat lawat tu walau sekejab
Melaka mmg best...wpun byk kali dh pi tp tak puas kan farah...seronok yer emir suka tgk dia riang sungguh
BalasPadamrsto mmg selalu ramai...kalu kami dtg, seawal 11 pagi! nk dpt seat punya psl...
BalasPadamNti zahra dh besar sikit nk terjah sini blik la.. Hihi..
BalasPadamMemang best gi melaka. Byk tempat2 menarik.
BalasPadam