Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part IV - Menyusuri Pulau Samosir & Pulau Tomok
12:30
Assalamualaikum..
Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part IV - Menyusuri Pulau Samosir & Pulau Tomok -Mari kita sambung citer kat Medan lagi yer..Okey selepas settle urusan check out di International Cottage Danau Toba, kami semua dibawa ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Samosir dan Pulau Tomok..jeti tue tak jauh pun dari hotel yang kami stay.. kat bawah hotel jer..kami dah charted siap-siap bot untuk ke sana.. senang sikit tak payah nak berebut-rebut dengan orang lain sebab dengarnya kalau kita naik bot awam kita kena follow jadual perjalanan depa.. tak silap Farah jadual perjalanan bot awam sejam sekali kot.. kalau terlepas terpaksa la kena tunggu..
So disebabkan kami nak jimat masa, charted jer senang.. satu bot IDR500ribu atau bersamaan RM12 sahaja seorang..walaupun harga sedikit mahal kalau nak compare dengan bot awam yang cuma IDR8ribu atau bersamaan RM2 seorang , tapi bagi Farah lebih berbaloi sebab bot yang tunggu kita bukan kita tunggu bot..ho..ho..ho..
[CLICK)
Okey apa yang best di Pulau Samosir & Pulau Tomok nie????Bagi yang belum tahu.. dekat Pulau Samosir nie terdapat satu perkampungan penduduk berketurunan batak iaitu Ambarita yang terkenal dengan lagendanya tersendiri..manakala di Pulau Tomok terdapat Makam besar seperti Makam Raja Sidabutar dan keluarganya, Museum Batak, Patung Sigale-Gale dan Patung Gajah, tapi sayangnya sewaktu di Pulau Tomok kami tak sempat pun nak tengok semua tue.. sebab kami dok sibuk shopping jer..hahaha..
Ini la dia bot kami.. semua berebut-rebut nak dok kat atas..yer la kalau dok atas kan view dia of coz lagi menarik..nasib baik muat untuk semua orang kat atas tue.. kalau tak sapa yang kena pi dok kat bawah????.. Farah haruslah tak!!! hahaha..
Hah nampak tak?? Subhanallah cantik sangatttttt...sekali pandang memang tak nampak macam tasik pun..dah serupa lautan kan.. luas sangat..airnya sangat jernih dan bersih.. sampai kita boleh nampak la ikan dok berenang-renang kat dalam tasik tue..kagum!!
Perjalanan menyusuri tasik danau toba nie untuk ke Pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 45 minit.. sepanjang perjalananan ke sana mata kita akan dijamu dengan pemandangan indah ciptaan Allah..rasa tenang dan damai sangat ketika itu..rasa back to nature..dulu masa jiwa muda lagi tempat-tempat macam nie memang tak kena langsung dengan jiwa.. tapi sejak2 dah sedar diri semakin tua, kalau nak pergi bercuti mesti nak pergi ke tempat-tempat yg back to nature jer..huhuhu..
Mula tue risau jugak nak dok kat atas nie.. risau Emir nanti tak boleh dok diam.. tapi lega Emir behave sangat.. maybe dok mamai tak habis lagi kot.. bangun awal sangat kan.. bangun tido terus jenjalan.. bertabah jer lah Emir yer.. hehehe
nampak tak Emir dok mamai lagi nie.. mata pun kuyu jer.. hahaha
Hahhhhh...kena angin sepoi-sepoi bahasa semakin terpejam la jadinya..wakakaka..
My cinta-cinta hati..
Bebey lion nie dia memang tak lepas...pi mana pun kena bawa.. nak mengentil jer..huhuhu
Sampai sudah di Perkampungan Ambarita.. kat sini kami dibawa melawat ke Rumah perkampungan orang batak, stone chair dan tempat orang penggal kepala..kawasan nie tak besar sangat.. tapi dijaga rapi..kawasan sekitar pun bersih jer..
Rumah orang batak... sorry tak dapat nak story lelebih tentang Rumah orang batak nie sebab masa tour guide kami dok sibuk bercerita..Farah dah hubs dok sibuk main aci ligan dengan Emir.. sebab Emir dok ligan ayam orang batak.. sampai ke belakang rumah dikejar ayam tue.. Adoiii Emir 'perak' tak biasa tengok ayam kot...huhuhu..
Design rumah kaum batak nie lebih kurang sama jer macam design rumah minang..FYI, rumah orang batak nie ada 3 bahagian dimana di bahagian atas sekali digunakan untuk menyimpan barang..tingkat 2 adalah untuk dihuni dan bahagian bawah sekali untuk binatang ternakan seperti ayam dan kerbau pendek..hehehe..
Di bahagian dinding rumah mereka jugak terdapat ukiran seperti patung cicak dan payudara. Mengikut kepercayaan mereka, ukiran cicak sebagai lambang penjaga/pelindung rumah manakala ukiran payudara sebagai lambang kesuburan.
Ini pula rumah ketua kampung..dekat depan rumah ketua kampung nie la terletaknya stone chair atau mahkamah tempat perbicaraan pesalah. mengikut tour guide kami lagi ..pesalah akan dikurung di bawah rumah ketua kampung sebelum dia dibicarakan..
Di sini semua akan bermesyuarat tentang hukuman yang bakal diberi kepada pesalah.. biasanya kes jenayah seperti membunuh dan merogal akan dijatuhkan hukuman pancung kepala..kemudian selepas dipancung mereka akan makan pulak daging si mati tue.. ishhhh gerun kan...
tapi itu dulu lah..sebelum agama kristian bertapak kat sini.. sekarang orang batak tak makan orang lagi dah..hehehe
Di sini lah tempat pesalah itu dipancung..tapi sebelum kena pancung bomoh akan tengok dulu tarikh dan masa yang sesuai untuk pancung mereka.. menarik jugak cerita yang tour guide kami kongsikan.. banyak benda diambil kira sebelum nak pancung.. bukan senang-senang pancung macam tue jer tau..
Tak berani nak dekat.. serammmmm..
Mana la tahu kan ada roh-roh yang dok cari kepala dia ke..huhuhu..mistik sangat..hahaha
Nasib baik Emir tak mengigau malam.. hehehe
Dekat Pulau Somosir nie jugak ada banyak deretan kedai tau.. nampak tak kat belakang Farah tue.. tapi harga barang-barang kat sini sedikit mahal.. Pak Regar suggest kami shopping di Pulau Tomok lagi sebab kat sana lebih murah pada sini.. so kami just cuci mata jer la kat sini.. tapi dalam dok tengok-tengok jer tue terbeli jugak la sehelai sweater danau toba untuk Emir..Farah dapat tawar separuh harga.. so ok la kan..hehehe..
Sorry gambar kat Pulau Tomok tak dak la..sebab semua dok sibuk shopping....hehehe..ini pun gambar sumber dari google..Farah nak tunjuk jugak pada u all suasana kat sini..kedai-kedai kat sini lagi banyak and harga pun jauh lebih murah berbanding di Pulau Samosir..kita boleh tawar sehingga separuh daripada harga yang mereka jual..banyak jugak lah rupiah kami melayang kat sini..ngeeeee
Dalam perjalanan balik kami dihiburkan oleh anak-anak kaum batak..boleh tahan sedap jugak suara mereka..Farah ada ambik video masa mereka menyanyi..kalau u all nak tengok boleh tengok kat instagram Farah okey..
Akhirnya, selamat kembali ke Parapat.. Next destinasi..bersambung lagi na...Bye!
Love,
Farah
[Entri Berkaitan -CLICK LINK]
22 comments
lama tak nampak emir, rindu aunty... bila nak mai sini jumpa aunty lagi ni... ha ha ha...bukan baca pasal travel, dok ralit kak hang ni tengok emir... besaq dah...dah boleh tambah adik dah tu Farah oiii....
BalasPadamInsyaAllah akak.. tgh dok usaha la nie..hehehe
PadamAssalamualaikum kak farah. bestnya. lawa betul danau toba ni..
BalasPadamseronoknya farah..mesti banyak tempat best untuk dilawati kan
BalasPadamseronoknya dapat pergi negara orang :)
BalasPadamnaik bot mhl berbaloi tkpe kn..cantik view dr ats bot tu
BalasPadamkat medan rumah nye bumbung besar and tinggi2 belaka... huhu
BalasPadamMemang sangat cantik pemandangannya... sejuk jak mata memandang
BalasPadamkerusi tu mmg warna hijau atau diliputi lumut, farah?
BalasPadamBerlumut la tue dear..hahaha
PadamBestnya..cntik btul medan..
BalasPadamMcm syok ja. Farah naik flight dr mana. Ms akk pi bandung hr tu idr 1 juta = rm290. Kira farah dapat murah lagi la
BalasPadamFarah naik dari Penang akak..a'a murah jugak la masa tukar 1juta=287.50.. hehehe
Padamdah sampai Medan..ni yg buat sis JM pun rasa nak jejak ke sana nih
BalasPadamseronok nyer !!!
BalasPadamteringin nyer nak gi jugak...
dah lame tak melancong...cantiknye tasik danau toba, tempat orang batak memang seramla even siang huhu...
BalasPadamAssalam farah,
BalasPadamhaaaaaaaaaaa
masa kat sini la hubby iols kena 'tarik' dek minah2 indon menega tuuuuuu
ooohoooooiiiiiiiiiiii serik dah hokeyh he3
Assalam farah,
BalasPadamtumpang koemn lagi yer he3
hat perkampungan tu iols skip
macam farah kata tu la
takuit la kang anak iols ngigau ka kena kaco ka
kan ker bebudak he3
Hari tu aida tak sempat nak pergi dua-dua pulau ni sbb masa suntuk sangat!tapi cantik lah pulau samosir tu..banyak ukiran sejarah kan..
BalasPadamsaya pernah terbaca dekat blog kaki travel pasal ni
BalasPadamdia pun kata ada unsur mistik
yelah kan, banyak sangat mangsa korban dekat situ
apapun suka gambar farah snap! cantiknya!
Seram pulak bace sejarah tempat hukuman tu..nak pulak dorg mkn daging kwn dorg kan..
BalasPadamcerite org batak tu memang gerun.. meremang bulu roma tau..
BalasPadam