PERCUTIAN MUSIM SEJUK KE EUROPE | PART 4 ~ NAIK KE PUNCAK MT.RIGI,SWITZERLAND

21:12

Assalamualaikum dan Hi...

Sampai jer kat Arth Goldau, kena naik cogwheel untuk naik ke atas Mt. Rigi..perjalanan ambik masa dalam 20 minit..dalam tempoh masa tu, i dapat tengok pemandangan hitam putih yang terhidang kat depan mata..semua pokok-pokok dan bumbung rumah dilitupi salji yang memutih..tertiba terus rasa sebak sampai termenangis sebab 1st time dapat tengok salji live kat depan mata..Subhanallah pemandangan yang tersangat-sangat indah!!!! until now still terbayang-bayang lagi suasana kat sana..aduiii rindunyaaa...



















Sampai jer kak puncak Mt.Rigi view lagiii cantik! rasa macam dok kat atas awan..basically orang naik kat atas ni untuk bermain ski..tapi kami tak plan nak main ski pun.. cukup lah dapat guling-guling atas salji, tepuk-tepuk salji dan main baling-baling salji..itu pun dah seronok gila..

tapiii betul la orang tua-tua pesan, jangan terlampau over seronok sangat..nanti boleh menangis..itu yang i rasa masa kat sini..kegembiraan dirasakan seperti sampai ke bulan bertukar jadi satu mimpi ngeri yang tak mungkin dapat dilupakan.. memang ambik iktibar apa yang jadi ni supaya next time datang akan lebih berhati-hati..

















Mungkin terlalu seronok sangat dok bermain dengan salji..sampai habis lencun jeans.. silap sendiri sebab tak pakai fullset pakaian kalis air..menggigil kesejukan lah dibuatnya..Dan mungkin ini jugak menjadi punca i terkena serangan akut mountain sickness (AMS)...kejadian ni berlaku masa kami tengah tunggu cogwheel nak turun ke bawah dah pun..then tertiba i rasa tak boleh nak bernafas dan cramp kat bahagian badan..memang cuak gila masa tu..rasa macam nak mati dah masa tu..Allahu takut sangat bila ingat balik..panik sampai nangis kot..

sepanjang kena serangan tu i tak henti dok berdoa..i tak mau mati kat sini..huhuhu..mujur la i ada bawak ivmist..so i sembur kat belakang badan dan tapak tangan dan mintak tolong adik i picit-picit tapak tangan dengan harapan dapat panaskan dan lancarkan semula peredaran darah supaya oksigen boleh sampai balik ke otak..benda ni jadi maybe badan i tak cukup stamina kot..so bila berada di paras yang tinggi badan i tak dapat nak adapt oksigen yang secukupnya...

Mujur la masa i kena tu memang cogwheel dah sampai..Fyi, salah satu cara untuk kurangkan simptom AMS ialah dengan cepat-cepat turun ke paras yang lebih rendah supaya dapat kurangkan tekanan yang dihadapi..satu lagi i nak advice, kalau kita 1st time naik ke tempat yang tinggi, better jangan terus buat aktiviti..i suggest relax dulu sat..renggangkan badan dan pekena coffee dulu ka..bagi badan kita adapt dengan keadaan cuaca sejuk ni dulu..so atleast badan kita tak terkejut sangat...kalau yang jenis ada ketahanan badan yang kuat maybe okay..tapi bagi yang stamina tak cukup memang boleh dapat risiko macam i kena la..

Rasa ralat sangat, sepatutnya kami nak experience turun ke bawah naik cable car..tapi dah i terkena AMS, anies jer yang teruskan.. adik i Nurul dan Dania teman i turun ke bawah naik cogwheel..sorry adik-adikku sebab dah susahkan hampa..tapi terima kasih sebab tak tinggalkan kakak hampa ni keseorangan..huhuhu


Sampai jer kat bawah terus masuk dalam cruise dan order hot coffee sambil cuba tenangkan diri dan tarik nafas dalam-dalam...alhamdulillah simptom yang i rasa kat atas tadi semakin okay..syukur Ya Allah.. tapi fobia serangan tu masa ada..cuma i cuba berfikiran positif dan elakkan fikir pasal tu..

Mujur la sebelum kena serangan tu sempat lah shoot video main salji untuk kenangan..kalau jadi awal confirm spoiled! ada lagi video lain boleh tengok kat instagram i na..

Setibanya di Lucerne, terus ke hotel dan rehatkan diri..Nurul dan Dania pi tapau makan..depa beli fish and chip sedap kaw-kaw..lepas makan dan dapat rehat secukupnya baru rasa kembali segar..malam tu kami turun pusing-pusing kawasan sekitar..sempat jugak la shopping ole-ole kat sini untuk kenangan..hehehe























Keesokan paginya, sebelum check-out ada lagi drama uiiii...mamai la kot sampai i boleh tak perasan yang bathroom kat sini tak dak saluran paip kat bawah..so patutnya kena mandi kat dalam bathtab jer..disebabkan i pi shower kat bawah..so apa lagiiiiiii banjir satu bilik la..hahahahaha..satu kerja pulak semua orang kena lap lantai yang dipenuhi air..lawak betoi bila ingat balik..mesti housekepper pelik linen semua basah lencun..hahahaha

Banyak drama yang jadi kat Swiss i rasa sebab nak i repeat datang sini lagi kot..Swiss memang dah masuk top list utk repeat datang lagi..InsyaAllah..

Next destinasi kami ke Cologne, Germany! Okay yang ni i sambung lagi kat next entri na..Bye..



You Might Also Like

2 comments

  1. Awesome photos - nampak surreal. Blh imagine the coldness, if I were there mesti rasa beku sampai ke tulang!

    BalasPadam