PERCUTIAN MUSIM SEJUK KE EUROPE | PART 1 ~ LONDON

15:28

Assalamualaikum dan Hi..


Dah terlalu lama sangat blog i ni bersawang..so since sekarang i tengah dok cuti semester.. tetiba mood nak berblogging tu datang balik..rindu uiiii nak blogging macam dulu-dulu..so harap sangat kali ni blog i tak ke lautan dalam lagi..hahaha

Okay untuk entri pembuka, hari ni i nak update satu citer travel yang dah lama sangat tertunggaknya..citer trip Winter ke Europe..actually dah lamaaaaaaaaaaa sangat kot kepam citer ni..entah-entah dah ada part yang i dah lupa..tapi tak pa la..i akan update jugak yang mana i ingat..kot-kot la ada yang plan nk travel ke europe nanti bole la refer blog ni kennnn...



Fyi, trip ke Europe ni terjadi secara spontan..masa tu i ternampak iklan kat paper, Malaysia Airlines buat promo yang jarang-jarang boleh dapat harga murah sebegitu or maybe harga tu sebab time musim winter..tapi agak murah la compare dengan yang i pernah survey sebelum ni around RM2.4k+..tapi yang i grab ni harga return tiket dari KL-LONDON RM1976/pax! 

Basically during winter boleh dikatakan low season kat sana..so sebab tu la murah kot..tapi disebabkan negara kita bukan negara 4 musim so of coz la keinginan nak merasa cuaca sejuk tu membuak-buak kekdahnya..tapiiii hahaha ada tapi yer..bagi orang yang tak tahan sejuk tu better elakkan lah..sebab memang teramat-amat sejukkkkkkk! i dah rasa pengalaman scary disebabkan cuaca terlalu sejuk ni.. yang ni nanti i story kat next entri na...sebab kejadian tu berlaku masa i kat Switzerland..

Trip ke Europe ni juga boleh dikatakan sebagai trip gegirl la..sebab i pi dengan adik i Nurul dan kawan blogger i Anies.. sorang lagi iaitu Dania memang dah ada kat London.. so dari Malaysia kami bertiga jer la..then jumpa Dania kat London..


Untuk itinerary, pada mulanya kami plan nak tour sekitar London ja..tapi anies tukar plan ajak pusing ke negara berdekatan..semuanya dekat-dekat je katanya..so rugi pulak kalau tak singgah.. lagipun bukan selalu nak datang..walaupun ada negara tu kami just touch n go jer..tapi tak kisah la janji sampai! kalau syok next time boleh repeat lagi..yang mana tak best kita skip..haaa gituuu..

so bila semua travel partner dah setuju maka bermula la episod study route sampai pitam! Hahaha..memang pening tau dak..semua route kami survey sendiri dari A to Z..kami memang tak deal dengan travel agent..nak explore sendiri baru la adventure! dan tahu tak bila plan sendiri trip ke Europe ni kos dia boleh jimat separuh dari harga travel agent tau.. tapi ikut masing-masing la..kalau jenis yang tak nak serabut fikir itu ini...proceed jer dengan travel agent..senang cakap tepuk poket tengok duit la..

Bila dah survey dengan begitu tekun sekali..hahaha..so kami came out dengan itinerary bermula dari.........

-LONDON-PARIS-SWITZERLAND-BELGIUM-GERMANY-AMSTERDAM-LONDON-


sepanjang tour ni kami menggunakan public transport iaitu train cuma last point dari amsterdam ke london jer kami naik bas..Fyi, train depa on time yer so make sure be punctual na..kalau dak bye-bye la..trip kami ni konsep backpacker style tapi backpacker style ala-ala che ta gitu..hahaha..sebab kami tak stay dekat hostel tapi hotel! Backpacker style tu kat train ja la kot..even dari train station nak ke hotel yang tak jauh mana pun kami ambik taxi..sebab malas nak pening-pening plus dengan cuaca yang sejuk teramat..memang fikir nak cepat sampai jer lah..untuk kos taxi semua adik i Nurul yang payung..actually tak murah yer kos naik taxi..sekali trip mau ratus-ratus jugak la..tapi dah adik i nak belanja tak kan nak tolak..heeee


Untuk hari pertama di London kami stay di Malaysia Hall jer sebab transit sekejap sangat, bazir la kalau booking hotel..penginapan kat sini kawan kami, kak ida yang dok kat London tolong arrange semua..dia siap jemput kami kat airport dan hantar sampai kat sini.. dari airport nak ke sini kena naik train then turun di Bayswater..nak naik train make sure beli kad oyster kat airport dulu na...harga 5£ per card..kena top up dulu yer..kad ni berguna untuk naik public transport..tapi kami guna sekali jer kad ni, sebab lepas tu naik taxi..

Sampai kat London dengan jetlag teruk ya amatttt..tapi gagahkan diri jugak fresh diri then turun balik pusing kawasan berdekatan bayswater..teruja gila rasa macam mimpi dapat jejak London..dulu time kecik dok berangan nak datang sini..akhirnya sampai jugak..Yayyy!


Transit beberapa jam kat London pun dah rasa syiok! 1st time rasa sejuk sampai ke tulang hitam..kat London tak dak snow na..tapi sekali angin bertiup rasa macam nak beku seluruh badan..ggrrrr..walaupun kami dah tak sabar nak explore London tapi terpaksa tahan diri dulu..sebab ikut plan kami akan tour London pada hari terakhir kami kat sini..so kena tunggu next entri la yer sebab i akan story ikut flow day by day..

Awal pagi keesokannya kami ke Paris..yang ni kat next entri i sambung na..Bye!


You Might Also Like

0 comments