PERCUTIAN MUSIM SEJUK KE EUROPE | PART 3 ~ LUCERNE,SWITZERLAND

12:30

Assalamualaikum dan Hi...


Sebelum tido set alarm sound paling max! siap tepuk bantal lagi pesan suruh kejut bangun tido..hahaha..bukan apa risau kalau terlajak tido, terlepas train pulak..sebab kami kena sampai kat train station seawal jam 6.00pagi..dari station Paris EAST nak ke Lucerne, Switzerland kami kena tukar 3 train macam kat jadual bawah ni haaa...

06h40PARIS EASTICE9571 2e class
08h26STRASBOURG STATION
08h51STRASBOURG STATIONTER96213 2e class
10h09BASEL SBB
10h17BASEL SBBTrain24672e class
11h30LUCERNE

Fyi, proses nak cari transportation ke Lucerne,Switzerland ni lah yang paling mencabar sekali..ini i citer sebab kami avoid naik flight yer.. satg ada pulak dok kata awat tak naik flight jer kan senang...well helooo..suka hati kami la nak naik apa pun..hahaha..







Okay back to story, i dan anies punya lah pening survey transport ke Lucerne ni, sampai satu tahap kami rasa macam nak surrender pun ada untuk teruskan route ni..puas dok google merata untuk dapatkan info macam mana nak booking train ke Lucerne melalui route kami..tapi hasil carian setiap website nampak macam mencurigakan jer..so memang tak berani la i nak booking..buatnya dah bayar mahal-mahal tertiba tiket tak valid..Fuh! lebur duit...

Tapiii, berkat kesabaran dan kegigihan nak merasa jugak pi main snow kat Swiss..akhirnya jumpa website official untuk beli tiket train..so tanpa membuang masa terus beli..harga tiket train seperti kat dalam table yang i share kat atas tu total RM284€ untuk 4 pax..i booking online kat sini..http://voyages-sncf.com/

Okay selesai bab tiket, tertiba pada hari kejadian baru la perasan yang kami dah buat kesilapan besar!..so far bagi perjalanan dari station Paris EAST ke Strasbourg station dan kemudian tukar train dari Strasbourg ke Basel station alhamdulillah lancar tak dak masalah..tapi masalah terjadi pada connecting train kami yang seterusnya iaitu dari Besel ke Lucerne station dimana kami tersilap langkah pi booking train yang gap time cuma 8minit!!!! Choiii sangat..kami dok ingat just tukar platform sebelah-menyebelah jer..rupanya tak!!!!!!!!! 

Platform train nak ke Lucerne berada di wing yang lain..itu pun kami dapat tahu dari satu couple mat saleh ni yang bagi tahu pasal platform tu...waktu tu masa just tinggal 4minit jer lagi untuk naik train! Couple mat saleh tu siap kata 'you all need to run fast now!!! Go now! Go now! So kami apa lagiiii..berlari macam masuk explore race la...huhuhu..elok sampai jer kat platform yang dimaksudkan, kami hanya mampu melihat gerabak terakhir train yang baru saja berlalu pergi..tergamam tak terkata apa..terdiam semua!!!! Sah kami dah terlepas train...sobsss



Nak patah balik memang dah tak boleh..so nak tak nak tetap kena beli tiket train yang baharu..so dengan hati yang berat melangkah ke kaunter customer service..kat situ kami macam nak nangis pun ada..so kami pun explain la situasi yang terjadi kat customer service tu..and guess what? Rupanya tiket kami tak burn sebab open tiket...Yayyy!!!! Syukur alhamdulillah.. tapi kami kena tunggu next train untuk sampai ke Lucerne..but okay tak kisah la kan..ada jugak rezeki kami nak jejak kaki di Swiss!!! Sementara dok tunggu train, pekena coffee dulu sat sambil hati berbunga-bunga..



Next train kami around pukul 12pm..tempoh masa perjalanan ke Lucerne ambik masa dalam sejam lebih ja..sampai jer kat Lucerne terus ambik taxi ke hotel..actually tak jauh mana pun dari station ke hotel..tapi dah Nurul nak jugak naik taxi dan dia belanja..so onz ja la..heee.. 



kat Lucerne kami stay untuk 2h1m jugak dan hotel pilihan kami ialah Altstadt Hotel Krone.. rate semalam RM829.55 untuk bilik type Quadruple..

Hotel ni sangat selesa..tilam dan bantal dia sedap ya amattt..kebersihan memang tiptop! siap ada warmer blanket..sesuai untuk cuaca sejuk..location hotel ni pun bagus dan dekat dengan lucerne bridge dan jugak shoplot..boleh sambung shopping lagi! Hahaha..







Selesai check-in kami keluar untuk meneruskan misi nak main snow.. so dari hotel berjalan kaki around 5min dah sampai kat kaunter tiket..kami memang tak beli Swiss Pass yer sebab tak stay lama kat sini..so rugi la beli mahal-mahal..so untuk ke Mt.Rigi kami just walk in ke kaunter untuk beli tiket cruise dari Lucern - Arth - Goldau via Vitznau and return..harga tiket CHF96/pax..

sepanjang kat atas cruise boleh tengok pemandangan yang cantik ya amattttt..setiap ceruk kat Swiss ni cantik gila kot! memang terus jatuh love dah..dan yang pasti Swiss memang akan masuk top list untuk i repeat datang lagi..ini baru dekat Lucerne jer tau dah rasa best..belum lagi tempat lain kat Swiss yang lagi femes tu..confirm rasa tak nak balik kot nanti..hahaha








Perjalanan dari Lucerne nak ke Vitznau around 20-30minit tak silap i..nanti dah sampai dekat Vitznau kena tukar naik cogwheel pulak untuk naik ke puncak Mt.Rigi..perjalanan naik ke puncak nanti i sambung kat next entri la yer..Bye!


You Might Also Like

2 comments

  1. remember tiket cruise hilang? remember bilik banjir? hahahahahaahhaa


    apa2 pun nak repeat lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua drama ingat sampai skrg!! Next mmg nak citer pasal bilik banjir..muahhhahaha...jom anies..nak pi sini lagi..nak stay lama sikit!

      Padam