Program Nak Ubah Hidup 2020 Bersama Dr.Azizan Osman, Richworks International

08:28


Assalamualaikum dan Hai..

RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD
PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2020
25 – 27 JANUARI 2020
SETIA CITY CONVENTION CENTRE (SCCC), SETIA ALAM 
PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020


Pada 25-27 Januari 2020 yang lepas farah telah menghadiri seminar Nak Ubah Hidup 2020 anjuran Dr.Azizan Osman, Richworks bertempat di Setia Alam Convention Center, Shah Alam..rasa bertuah sangat dapat hadir untuk sedut ilmu selama 3 hari daripada insan yang hebat seperti Dr.Azizan Osman..rasanya tak perlu lagi kot farah kenalkan siapa beliau..kerana nama beliau pun dah memang cukup 'gah'... lebih-lebih di kalangan usahawan Malaysia..ini kerana melalui ilmu yang beliau kongsikan lah telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya mengubah hidup mereka 'from zero to hero'! SALUTE!

Oleh sebab itu la farah pun tak nak lepaskan peluang untuk sertai seminar anjuran beliau..kerana farah tahu untuk kita berjaya dan capai apa yang kita inginkan kita perlu ada guru,ilmu dan panduan untuk merelialisasikan impian yang kita...

Dan ternyata dengan menghadiri seminar ini telah membuka jalan dan minda farah yang buntu selama ni..sebelum ni mungkin farah tak tahu macam mana nak keluarkan potensi dan nilai diri..maklum la tak ada ilmu kan.. tapi sekarang dah tahu apa yg kita kena buat untuk 'push' dan paksa diri kita kalau kita betul-betul nak berjaya..nak berjaya bukan berserah kepada takdir semata yer..

Sepanjang 3 hari farah join seminar ni..memang banyak tips dan teknik yang dikongsikan oleh Dr.Azizan bagi menyerlahkan lagi potensi diri kita antaranya bagaimana kita nak push energy..set goals/impian yg kita nak capai..cara yang betul untuk menyimpan dan dimana perlu melabur duit kita..the power of doa dan bagaimana kita harus specific pada setiap doa yang kita nak mohon daripada Allah..seriously terlalu banyak input dan ilmu yang dikongsikan oleh Dr.Azizan.. semuanya sampai ke dalam minda dan hati farah.. aura dia lain macam rasa berkobar-kobar nak ubah hidup! Dalam kita ni untuk berjaya kita kena pegang satu prinsip iaitu 'sebaik-baik manusia adalah dapat memberi manfaat kepada orang lain'...maksudnya jangan sesekali kita jadikan matlamat hidup kita hanya untuk duit jer, tetapi bagaimana kita bole membantu memberi manfaat untuk orang lain juga..InsyaAllah pasti 'duit' itu sendiri yang akan datang kepada kita..

Selain itu, Dr.Azizan juga kongsikan tips jika kita nak jadi seorang yang berjaya kita kena buang jauh-jauh ego yang kita ada..sebab sikap ni la penghalang utama untuk kita berjaya..kita juga perlu konsisten dengan apa yang kita buat dan tahu how to manage masa..semua ni penting yer untuk pastikan kita dapat beri 100% komitmen dan tersasar dari matlamat asal kita..dalam seminar ni juga ada terselit perkongsian tentang pengalaman daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit..mereka juga bermula dengan zero tau.. tapi akhirnya telah berjaya hasil tunjuk ajar Dr.Azizan.. nampak hebatnya beliau bukan.. 


Menariknya lagi, pada hari kedua terdapat kejutan yang bikin gamat seluruh dewan..tahu tak, Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr.Mahathir Mohamad dan isteri datang ke program ni.. Fuh! meremang bulu roma saat Dr.Azizan bagi tahu ada special guest yang akan singgah itu ialah Perdana Menteri Malaysia..MasyaAllah aura Tun memang lain sangat.. bertuah rasa dapat tengok Tun live kat depan mata! 

Jadi siapa sebenarnya Dr.Azizan Osman ni sehingga program beliau Perdana Menteri Malaysia datang singgah ni..


TENTANG AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial 
Entrepreneur & Best-Selling Author
Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, 
Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah 
menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.






























Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah 

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. 
Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau 
terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu,beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery 
Beliau menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection 
Beliau menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, 
mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.


Terdapat beberapa program yang kita boleh pilih mengikut kesesuaian bisnes kita iaitu..

Titanium RichWorks
Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. 

Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global(DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, 
Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.

SPIRE RichWorks
SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang.Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat 
membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1. Fesyen dan pakaian
2. Kesihatan dan kecantikan
3. Makanan dan minuman
4. Pendidikan dan latihan
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi)
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8. Perladangan dan pertanian

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.


Oleh itu, kalau u all masih tercari-cari Menthor yang terbaik untuk belajar tentang selok-belok dunia perniagaan, farah memang highly recomend u all join lah program yang dianjurkan oleh Dr.Azizan Osman, Richworks International ni..serius sangat berbaloi..banyak ilmu dan panduan yang tak akan dapat kat tempat lain..trust me! 

So jika u all berminat juga nak join Program Nak Ubah Hidup yang seterusnya pi segera daftar kat sini yer..


RichWorks Hotline : 1300-88-2424







You Might Also Like

2 comments